Aku baru tahu bila aku dalam kalangan mereka.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat yang saya sayangi sekalian. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. :-)

Dahulunya masa aku kecil-kecil(Sekolah rendah) aku anti dengan budak tabligh.Jujur! Aku bukan benci sebenarnya,cuma masa dulu aku tak mahu kena ceramah free. Tambahan lagi biasanya mereka akan tarik kami masuk ke masjid walaupun kami sedang melakukan kerja. Dengan bercelana pendek.Rasanya tak patut pun ada. Aku tahu mereka sedang berdakwah,mereka sedang tegar di atas manhaj sunnah.


Siapa yang tak tahu maksud "Jamaah tabligh" mari aku terangkan sedikit. Jamaah tablih ini adalah gerakan-gerakan berkumpulan yang mengajak masyarakat kepada islam bersumberkan akidah yang benar.Biasanya jamaah tabligh tidak terikat dengan mana-mana badan NGO etc. Mereka hanya bergerak secara "indenpendent" di negara atau pun di luar negara. Tujuan utama gerakan jamaah tabligh ini hanyalah membangkitkan nilai spiritula di dalam hati manusia. Wallahualam.


Sebelum itu aku mahu cerita kisah aku dengan jemaah tabligh dulu. Dahulunya bagi aku jemaah tabligh ini adalah gerakan sesat dengan mengikut tarekat-tarekat sufi yg ternyata kononnya sesat. Gerakan mereka adalah tersangat ekstrem sehingga meninggalkan keluarga. Kadang-kala terjadinya penceraian antara suami isteri.#Fact. Tetapi setelah sedar,sebenarnya isteri tidak merelakan suaminya aktif dalam dunia tablighnya.Alangkah bagusnya jika isteri merelakan sahaja,kerana merelakan sami berjuang di jalan Allah merupakan pahala buat isteri juga.

Aku pernah ditarik oleh abang-abang tabligh masa aku duduk dalam tahun 5 dulu. Masa tu aku tengah lepak di tepi jambatan di kampung aku. Aku sebenarnya mahu melarikan diri tapi tak sempat. Aku tak perasan abang-abang tabligh dah ada di belakang aku. Lalu mereka menyapa saya dan menceritakan kebesaran Allah itu dan ini. Aku hanya mendengar segan. Lantas mereka menarik saya masuk ke dalanm masjid kampung kami lalu menambah itu dan ini. Aku hanya mendengar dengan rasa bosan. Mungkin masa tu aku hanya bergiat bermain dengan para budak-budak yg lain. Jadi aku anggap perkara ini adalah perkara yang remeh.

Tambahan lagi,aku pernah melihat jamaah tablih diusir oleh imam masjid kerana mereka menjadikan masjid tersebut sebagai markas dakwah mereka. Masa tu aku form 1. Budak lagi rasanya. Sejujurnya aku berasa sangat kasihan dengan abang-abang tabligh. Niat mereka baik dan murni. Sampai hati mereka diusir sebegitu rupa. Walaupun maas tu aku anti dengan jemaah tabligh tapi aku berasa kasihan. Mereka tidak menentang masa diusir,tetapi pergi dengan senyuman. Sedikit pun tidak ada tanda-tanda amarah di wajah mereka.Mereka sedikit pun tidak memberontak.SubhanAllah. *Kejadian ini bukan di Masjid kampung aku.:-)

Dahulunya sehingga sekarang Masjid di kampung aku adalah markas budak-budak tabligh. Setiap bulan ada sahaja abang-abang tabligh akan singgah ke masjid tu.


Bila teringat masa aku duduk dalam tingkatan 5 aku mula aktif bertabligh sehinggalah aku belajar sekarang. Aku terlibat pun disebabkan seorang sahabat aku yang bernama Ariswanto si budak jawa yang ajak aku. Pada mulanya agak keraslah aku mahu ikut jemaah tabligh ni. Tapi aku tahu,dengan hikmah serta hidayah daripada Allah aku pun bersetuju dengan pelawaan sahabat aku. Sahabat aku Ariswanto ni boleh dikatakan tegar juga di atas manhaj sunnah. Dia terlibat dengan dunia tabligh sejak dia duduk dalam tingkatan 2. Dia nakal,lagi nakal berbanding aku,tetapi aktif bertabligh.Mungkin sebab masa tu dia pun budak lagi.Haihh.

Pertama kali terlibat,YaAllah! Segan sangat-sangat. Sebab aku tahu aku tak sebaik mereka yang tegar dalam beragama. Aku tahu aku nakal,aku tahu aku agak jahil dan sebagainya. Rasa mahu balik pun ada masa tu. Lagi-lagi aku rindu emak aku,rindu nenek aku, rindu tilam aku. Tapi lama kelamaan aku sudah terbiasa,aku menangis bila berpisah buat sementara dengan mereka. Aku merasakan aura iman dalam mula menyerap masuk dalam badan aku.SubhanAllah. Meraka 24 jam hidup dalam sunnah,24 jam mengatakan kebesaran Allah. Aku teringat lagi seorang leader kami suruh aku ikut apa yang dia cakap. Dia suruh aku menjerit untuk mengatakan tentang iman dan segala kebesaran Allah. Masa itulah menitis airmata aku sambil terpejam. Rasa bersyukur dapat berjuang bersama-sama mereka.

Masa aku duduk Shah Alam pula hati aku mula risau,adakah iman aku akan luntur kerana arus kemajuan di negeri orang?? Risau sangat-sangat. Dengan itu aku berusaha mencari Halaqah di mana-mana. Tetapi aku besyukur,Allah menganugerahkan aku sahabat seperti Mohd.Rizwan,Aimullah,Nizam,Mohammad Ikhsan dan Sazid. Merekalah yang menarik aku untuk melibatkan diri dalam dunia tabligh di sini.Syukur! Mereka adalah asbab untuk aku menambah iman sehari-hari.InsyaAllah.

Masa sesi ziarah pada setiap petang,kami selalu mengetuk pintu rumah-ke rumah untuk menceritakan kebesaran Allah. Sejujurnya rasa malu pun ada,tapi lama-kelamaan sifat malu itu kian luntur. Aku tahu,aku tidak patut malu.Meletakkan sifat malu itu bukan ini tempatnya. Di sinilah aku belajar untuk berdakwah,belajar berkata-kata,dan cuba sebarkan manfaat.
Ada yang lari apabila melihat kami,ada yang mengunci pintu setelah melihat kami,ada yang buat-buat tak pandang dan ada yang menghina. Tapi itu adalah cabaran buat kami dan membiarkan sahaja. Kadang-kala ramai yang berasa pelik dengan penampilan sunnah di petang hari yang berlegar-legar di kampung.

Disitulah aku mula terfikir tanggapan negatif serta cabaran orang yang sedang berdakwah. Aku teringat masa aku anti dengan budak tabligh dulu.Aku teringat masa aku sembunyi bila terlihat budak tabligh. Kini aku faham apa yang mereka lakukan. Sangat faham. Golongan seperti ini sedang memperjuangkan apa yang dilakukan para Nabi dan sahabat Nabi terdahulu. Baru aku faham dengan pak cik aku yang dahulu,kini dan selamanya aktif bertabligh.
Aku berharap, aku,kamu dan semuanya berterusan dengan akidah yang benar hingga akhir hayat.Aamiin.

"Aku ingin menjadi orang-orang yang dikatakan Ghuraba kerana Allah,tamparan hebat di zaman moden tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk berjuang di jalanMu."


Aamiin.Aamiin.Aamiin.

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Aku baru tahu bila aku dalam kalangan mereka. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Wednesday 24 April 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1comments: di postingan Aku baru tahu bila aku dalam kalangan mereka.
 

1 comments:

Followers