Kerana Istiqamah itu perlu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat saya. Segala puji hanya untuk Allah pemilik sekalian alam,selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. :-) 

Istiqamah. Rasanya semua orang tahu maksud istiqamah. Siapa yang belum tahu InsyaAllah aku cuba terangkan di sini. *Sedikit intro. Aku bukanlah seorang yang tinggi ilmu,mungkin ilmu baru ke buku lali. Ilmu tersangatlah cetek. Namun begitu,aku cuba mencari ilmu. Kerana mencari ilmu itu wajib hukumnya. Dengan ilmu juga dapat menerangi kehidupan hinggalah ke akhirat.InsyaAllah.
 

Cinta apakah kalau begitu?? faham maksud ihsan??

assalamualaikum semua :D

selamat tahun baru cina,selamat bercuti dan salam 1 malaysia !


erm.entry ni gua buat untuk mengeluarkan ketidakpuasan hati ni kepada org yg duduk bercinta sakan sampai xingat dunia. zaini,aku becinta yg ko xpuas hati kenapa?? ehh,memang aku xpuas hati.gua xnaklaa lu hanyut. serius ni ! :( lagipun sikap lu tue mempengaruhi yg lain.faham x??

sebelum tue gua nak terangkan maksud ihsan.kalau yg dah faham tue baca jaa k! ni maksudnya,'KAMU MENYEMBAH ALLAH SEOLAH OLAH KAMU MELIHATNYA,TETAPI JIKA KAMU TIDAK MELIHATNYA,MAKA SESUNGGUHNYA DIA MELIHAT KAMU.
 

Budak surau itu/Solehnya dirimu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamaualaikum kalian. Segala puji hanya untuk Allah SWT,Pemilik sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. :-)

Berdasarkan title di atas aku mahu share tentang itulah. Apalagi. Hee. YaAllah,susahnya mahu bermukadimah di sini.=( Baik, Kalau mahu menjadi lelaki yg soleh itu amat payah bagi aku,dan mungkin tidak bagi kalian. Sekuat mana ibadah dan sekuat mana akhlak dijaga masih susah mahu mendapatkan title lelaki soleh. Title lelaki soleh bukanlah sebarangan dengan diberikan pangkat oleh majikan atau mana-mana manusia. Hakikat soleh datang melalui hati dan sejauh mana hubungan dengan maha pencipta. Bagi aku,soleh itu perlulah dicari dan tidak perlulah menunggu seru atau transfer amal daripada pengibadah yang lain. Amal ibadah itu perlulah dilakukan sendiri. Bila menyebut perkataan 'soleh', kadang-kala saya teramat-amatlah malu pada diri sendiri. Akan tetapi, perkataan soleh itu sendiri yang merubah aku walaupun masih merangkak sebenarnya. Terima kasih pada rabb ku. Ingat,soleh atau solehah bukanlah perkataan kosong. Ya,bukan perkataan kosong! Kita ada pencarian kerana kita ada fitrah. Fitrah kecenderungan kepada agama kita(islam).

 

Followers