Berkahwin/Bernikah dalam manhaj islam.

Assalamualaikum wbt kesemua sahabat yang saya sayangi. Salam persaudaraan.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.  :-)


Sebenarnya aku pun berasa pelik kenapa aku mengutarakan bab perkahwinan. Dahulunya masa kecik-kecik bila orang tanya saya nak kahwin kah tidak mesti saya kata tak nak. Mungkin sebab saya belum faham lagi. Masa tu budak lagi kan. Dalam beberapa tahun lepas pula,aku target untuk kahwin lambat selambat-lambatnya.Mungkin disebabkan dahulunya aku sangat anti dengan perempuan. Dan sekarang aku masih sangat jarang,jarang dan jarang bergaul dengan perempuan. Bila difikir pada masa sekarang ini,aku tak boleh tipu diri sendiri. Walau bagaimanapun, fitrah itu ada. Maksud aku fitrah hendak berpasangan. Mahu bagitahu,dahulunya aku selalu kata pada kawan-kawan,"Tak rocklah bergaul dengan budak perempuan,asyik jiwang ja siang malam."



Bila sudah dewasa sekarang ini, terfikir pula tentang kahwin. Tambahan lagi ramai orang yang aku kenal sudah berkahwin dan bertunang. Bercintan cintun di sana sini. Bahagianya mereka. Rasa mahu cari isteri pun ada. Tapi mampukah aku?? Aku masih tidak mempunyai apa-apa lagi. Masih bergantung dengan keluarga aku nun jauh di Lahad Datu Sabah sekarang.

Lagipun aku tahu, bila aku hendak berkahwin atau sudah berkahwin nanti kemungkinan 100% aku yang tanggung sendiri. Baik itu dan ini. Keluarga aku bukannya orang senang. Kami adik beradik pun sudah dididik untuk berdikari sendiri. Tapi memang patut rasanya kita yang kena tanggung sendiri. :-)

Tapi bila hendak berkahwin nanti banyak kena sedia. Lagi-lagi aku yang lelaki ni. Persediaan itu kenalah padu terutamanya soal agama. Kena belajar itu dan ini. Jadi tidaklah terumbang-ambing bila sudah berkahwin nanti. Kasihanlah isteri dan anak-anak aku nanti. Sayang mereka.

Dengan itu,aku kena banyak bermuhasabah,baik berguru,belajar dari kitab-kitab yang telah aku kumpul sekarang ini mahupun secara amaliah. Aamiin. Apa yang aku rasakan sejak beberapa tahun ini aku berusaha merajinkan diri untuk menghadiri program-program ilmu/motivasi. Kadang-kala malas juga disebabkan komitmen lain. Tapi paksakan diri. Tertidur masa kuliah itu pun pernah. Sudahlah duduk paling depan. Haihh. Mari kita menjadi insan yang dicintai Allah S.W.T sahabat.

Mari aku terangkan sedikit tentang perkahwinan --->

Berkahwin merupakan salah satu cara membersihkan jiwa dan termasuk ke dalam amalan yang soleh. Adalah tidak benar tanggapan seseorang yang perkahwinan tidak ada sebarang kaitan dengan proses pembersihan jiwa seseorang,kerana Allah s.w.t berfirman lelaki yang mampu berkahwin supaya melangsungkan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

"Dah kahwinkanlah orang-orang bujang(lelaki dan perempuan)dari kalangan kamu,dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah maha luas(rahmatNya dan limpah kurniaNya),lagi Maha mengetahui." -An Nur:32-

Perkahwinan dalam islam bukanlah tertumpu untuk mendapatkan keseronokan seks semata-mata,tetapi lebih besar dan lebih tinggi dari itu. Bukan?? Hubungan seks merupakan sebahagaian kecil sahaja daripada kehidupan berkeluarga. Pun begitu,islam mengambil kira juga aspek hubungan seks dan mengaturnya dengan baik,direstui oleh keluarga,masyarakat dan juga agama. Dengan itu,hubungan seks yang berlaku dalam kalangan manusia berjalan di atas landasan nilai-nilai kemanusiaan dan bersih dari nilai yang keji. Tambahan lagi kita manusia yang dikurniakan akal dan fikiran. Maka perlu ada tanggungjawap dan amanah. Jika tidak wujudnya nilai-nilai murni bebanan serta pelbagai masalah akan timbul. Bahkan akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Jadi,hubungan seks yang direstui syariat adalah melalui perkahwinan sehingga memperoleh ganjaran dan pahala di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menerusi menerusi Abu Zar r.a:

"Dan pada kemaluan salah seorang daripada kamu,terdapat pahala sedekah .Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah adakah salah seorang daripada kami melepaskan syahwatnya,mendapat pahala. Sabda baginda:Apa pandangan kamu,jika seseorang melampiaskan syahwatnya pada yang haram,bukankah akan mendapat dosa.Begitu juga,jika dia melampiaskan pada perkara yang halal juga mendapat pahala."
(Muslim,sahih Muslim,Bab Bayan Anna Isma al-Sadaqati Yaqa'u Ala Kulli Na'uin.Hadis no.1674)

Berdasarkan kisah-kisah para salafus soleh,sangat ramai yang menolak untuk berkahwin. Mereka merasakan perkahwinan adalah benteng untuk mereka untuk melabuhkan cinta melalui ibadat kepada Allah. Malah para salafus soleh  sanggup memotong kemaluan mereka.Naudzubillah. Namun begitu mendapat teguran keras daripada kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w. Antara sahabat yang menolak untuk berkahwin ialah Usman Bin Ma'zun.

Kita sebagai seseorang muslim tidak halal untuk menentang perkahwinan dengan alasan untuk terus hidup membujang demi berbakti kepada Allah dan menumpukan kepada urusan ibadah sahaja padahal mampu berkahwin. Harus beringat, perkahwinan adalah sunnah baginda.

Jika difikir betapa ramainya yang memilih untuk bercouple sedangan hati hanya untuk suka-suka tanpa ikatan yang halal. Golongan sebegitu hanya menempah murka Allah dan mereka seolah-olah menentang As-sunnah tanpa mereka sedari. Secara senyap-senyap mereka juga telah mempersendakan agama. Bukan??

Adat yang berlebih-lebihan yang disertai dengan bidaah dan kesyirikan juga menghalang mereka untuk berkahwin di atas alasan tidak mampu. Mereka merasakan perkahwinan suatu benda yang sangat berat sedangkan perkahwinan adalah ringan jika mengikut syariat yang betul.Dengan itu maka terjadilah sumbang mahram dan pelbagai gejala-gejala pelik yang lain.

Pada masa sekarang pekahwinan dianggap suatu pesta untuk bermegah-megahan disertai dengan majlis yang dianggap kononnya dianggap wajip. Nilai hantaran yang beribu dengan set perkahwinan yang beribu. Malah berbangga dengan nilai yang sebegitu rupa. Anak perempuan pula seolah-olah barang dagangan untuk pihak lelaki. Bukankah mahar yang paling rendah bagi pihak perempuan adalah yang paling mulia?? *Kasihan pihak lelaki.Ecehh.

Ini antara syarat-syarat perkahwinan yang boleh membersihkan jiwa. InsyaAllah---> 

Niat yang ihlas. Maksudnya di sini perkahwinan hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah s.w.t,melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan solehah,menjaga kehormatan diri daripada penzinaan dan mendidik anak-anak mengikut manhaj islam. Mudah-mudahan perkahwinan kita ikhlas kerana Allah.Aamiin. 


Memilih isteri dan suami yang soleh. Memilih isteri solehah dan suami yang soleh akan menjadi penenang jiwa. Ya, akan menjadi penenang jiwa dalam sesebuah rumah tangga. 

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari menerusi Abu Hurairah r.a:

 "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara,kerana hartanya,kecantikannya,keturunannya dan agamanya,nescaya menguntungkan anda." (Al-Bukhari,Bab al-Akfa Fi al-Din ,hadis no:4700)


Menjaga ahli keluarga daripada perkara buruk atau pun keji. Ini bermaksud agar kerukunan dan kestabilan rumah tangga berjalan dengan baik sehingga membuahkan kerjasama dalam melakukan amalan ketaatan dan merealisasikan ketenangan dan ketenteraman kepada suami,isteri dan anak-anak. Jika keluarga berhadapan dengan sesuatu yang negatif,hendaklah ditangani dengan perasaan kasih sayang,kecintaan dan ketakwaan berterusan. 



*Ibrah bersama bagi yang berfikir.InsyaAllah.

P/S:Aku masih belajar dan masih banyak lagi kena belajar. Sekadar perkongsiaan apa yang aku tahu.Jadi berharap sangat diperbetulkan jika ada salah dan silap. Sesungguhnya apa yang baik datangnya daripada Allah. Bismillah Tabarakallah. :-)  

  

                                      Mesti hampa tak sabaq-sabaq nak nikah kan??
                                          *Terutamanya golongan muslimat. *Baling bunga.











Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Berkahwin/Bernikah dalam manhaj islam. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Thursday 28 February 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Berkahwin/Bernikah dalam manhaj islam.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers