Luahan bebas dari kepala saya . :-) Inilah saya.

Assalamualaikum semuaa =) bismillahhirrahmannirahim.

kali ni saya nak meluah pasal entry bebas , apa yg ada dalam kepala saya , saya nak luah kat sini . humm ! xdapt tidur ni. saya ingat mak,saya ingat bapak,saya ingat nenak and family yang lain. saya nak bgtau saya xbole focus untuk exam sem lepas. saya sedar memang saya bukan untuk itu, saya seperti xdak keyakinan. kadang2 saya jeles tengok kawan kawan saya. dorang xla rajin study,kalau nak dibandingkan dengan aku,aku lagi rajin. tapi,pointer dorang meletup. akibat daripada pointer saya yg xberapa elok tue ,saya rasa macam down. kawan kawan,sila doakan sayaa agar berjaya dunia akhirat, saya sayang family sayaa. InsyaALLAH kalau saya berjaya nanti,saya nak balas jasa mereka. swear!



satu benda yang saya tidak berpuas hati, saya xdaklaa buat benda jahil seperti kawan2 sayaa yg macam hanya mengejar dunia semata2. saya sering berdoa kepada ALLAH swt,benda2 jahil setakat ni saya kawal. ALHAMDULLILAH. saya sering motivated diri saya agar tidak membuat benda jahil,saya takut Allah murka terhadap sayaa. tambahan pula,saya takut sepanjang hidup saya jika saya membuat kemungkaran,saya takut Allah tak redha terhadap saya.humm ! Jika nak dibandingkan dengan kawan saya , saya rasa dorang lagi jahil,tapi dorang sentiasa bernasib baik. mungkin Allah menguji dorang dengan kelebihan yg dorang ada la tue .
Mak saya kata, kalau saya ditimpa sebarang ujian daripada Allah,bawak2la bersabar. sentiasa muhasabah diri. Dengan izin Allah ,segala permasalahan saya akan dipermudahankan kelak. aamiin. terima kasih mak kerana motivated saya. sayang makk. =)) 'Bersangka baik dengan ALLAH dan sentiasa ingat bahawa dugaan yang dasyat untuk ganjaran yg hebat'. itulah prinsuip sayaaa . Luh tahzannn . Dont be sad zaini . Allah sayang kamuu.

Btw,saya amat amatlah bersyukur dapat kawan2 yang baik di sini. dorang selalu bagi dorongan terhadap sayaa. terima kasih kawan2 yang baik. =) walaupun saya down, dorang selalu bg saya kata kata semangat. syukurla dorang xmerendahkan sayaa sedangkan sayaa Ni yg telampau merendahkan diri . Berbalik kepada sang pencipta ,saya perlu banyak memuji dia kerana semua ni miliknya. ia lebih membawa erti dalam hidup ini,ia menimbulkan rasa rasa yang terbit iaitu ketenangan yang sering diimpikan . ALLAH,ENGKAU MAHA MENGASIHI . apapun cabaran yang diberikan kepada saya,saya syukur. saya pecaya,Allah sayang saya . Dengan bersyukur InsayaALLAH saya tidak akan lalai lagi. aamiin .

selain itu, semenjak saya menginjak dewasa ,saya dah banyak kenal para kawan2 yang soleh dan solehah. heheh ! dorang baik,kami selalu berkongsi info tentang agama. terima kasih Allah sebab Jumpakan saya dengan dorang yg baik2. dalam masa yg sama dapat mematangkan kan saya. sayaa kini lebih mendekatkan diri dengan maha pencipta,saya dah jadi kaki masjid . saya dah start berdakwah secara perlahan lahan. saya amat amat berharap benda baik yg saya sampaikan itu mendapat keredhaan Allah swt di samping kawan2 dapat praktikkan benda baik yg saya sampaikan. di laman sosial facebook dan twitter , ramai budak2 baik dah start ADD atau FOLLOW sayaa. xseperti dahulu yg hanya budak yg agak bebas sedikit. terima kasih. =)) sebenarnya saya teringin nak jadi pendakwah,serius ! saya mahukan sebarang benda  yg saya buat dapat menyumbang kebaikan kepada Orang lain. sayaa mahukan syurga mu yaAllah . sayaa xnaklaa buat benda dunia sahajaa. lagi2 kita bukan selamanya di dunia. tunggu masa dunia akan musnahhh . yg dibawa ke sanaa hanyalah amalan kita di duniaa. semakin banyak benda baik dibuat di dunia maka syurgalah kita dapat,begitulah sebaliknyaaa . bagi yg bangga dengan kelebihan dunia tue harap2 baliklaa kepada agama. xrugi pun . Ingatlah,semua datangnya dari Allah. tanpa dia siapalah kita di dunia ni. Kunfayakunnn !! balik lah pada agama iaitu islam. segala puji bagi Allah swt .

hummmm ! nak bagitau ni . saya sering bercakap di dalam hati. maksud saya berdialog sendiri . kalau ada benda yg merapuh saya akan tergelak sendiri. heheh . bila saya tergelak tue,kawan saya sering perasan. "kenapa engkau gelak zaini??? dengan spontan saya menjawap 'saya sedang berdialog di dalam hati'. heheh . akan tetapi,dialog saya bukan main main , dalam masa yg sama saya muhasabah dalam diri sayaa agar saya tidak melakukan kesilapan.. dan benda ni akan terus saya lakukan dari hari ke hari . =D silaa jangan gelakk ya kawan kawan . Jika saya membuat kesilapan sila maafkan sayaaa ,maafkan sayaa dan maafkan la sayaa . saya juga manusia yg membuat kesilapan .

Jika yang rapat dengan saya ,mereka akan tahu siapa sayaa , mungkin xseperti kawan kawan yg lain yg banyak cakap. saya pendiamm seperti Mak ayah saya yang tak banyak cakap. tapi saya tidak pernah menggap ini satu beban. ini adalah anugerah pencipta. =)) saya redha . walaupun saya pendiam,ada masa saya jadi banyak cakap apabila dirangsang. heheh ! apapun ikut mood Jugak. ermm,ada benda yg membuat saya sedikit kekok dalam pergaulan , saya amat amatlah segan dengan kawan sebaya saya yg muka legend. muka dorang nampak matang sedangkan umur muda lagi . saya rasa macam dorang jauh lebih abang dari saya . hal ini kerana, muka saya  tak lah selegend muka dorang . heheh ! saya merasakan saya lagi budak laa kononnyaa . tambahan lagi , cara dorang bercakap lagi matang dari sayaa . :D padahal kami sebaya Jaaa .

Ok,saya nak masuk berkenaan pasal cinta pulak . sedangkan Adam sepi tanpa Hawa inikan saya yg hanya manusia tidak ada sebarang mukjizat. =) saya ada minat sorang wanita dan saya pernah try meluah tapi dia xready kot . maka dia reject sayaa . heheh ! di situ memang silap sayalah,dalam islam mana boleh couple,memang haram. Astagfirullahazim. tapi tak apa,yg penting saya dah meluah kan?? Jika difikirkan,siapalah jodoh saya yang telah ditetapkan di Luh mahfuz. heee ! kalau saya tahu itu jodoh saya kelak, saya nak intai dia. saya nak jaga walaupun dia tak tahu saya bakal suami diaa. :PP Oh , saya telah dewasaaa. saya dah mula fikirkan pasal perhubungan yg halal bg sayaa. humm,apalah bakal isteri saya buat sekarang. saya tidak tahu dia dari keluraga yg macam mana,perangai dia macam mana, apa profesion dia sekarang . InsyaALLAH jika saya dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk berkahwin,saya akan menjaga isteri saya sebaik mungkin. saya akan didik dia berkaitan hal ehwal agamaa. InsyaALLAH saya nak membawanya ke syurga yang abadi N dapat memperolehi zuriat yg solah dan solehah . aamiin . teringin jugak nak tengok bakal isteri saya di masa hadapan . hehehh ! tetapi saya tidak tahu siapa diaaa . btw, Jaga diri di sana bakal isterikuu. Harap kamu dalam kalangan Orang yang baik baik. aaminn!  sentiasa Jaga batas Okayyy . berpeganglah la pada agama mu iaitu islammmm .

 Okay para sahabat . saya tak tahu nak tulis apa dah Ni. heheh . ada apa2 kesalahan saya minta maaf yaa.

Written by,

ZAINI  =))

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Luahan bebas dari kepala saya . :-) Inilah saya. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Wednesday 2 May 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Luahan bebas dari kepala saya . :-) Inilah saya.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers