Ya,memang sangat nakal / UstazRock.

Assalamualaikum para jemaah yang bakal roh dan jasadnya bakal terpisah suatu hari nanti. :-)

Mesti agak kurang ajarkan ayat aku yang kat atas tu sedangkan banyak ayat yang lebih manis aku boleh guna?? Kahkah. Memang ada logiknya walaupun agak semberono di situ. Ok,harap para readers sehat sentiasa dan ditambahkan iman dihat. Aamiin. itu doa aku buat kalian yang menumpang di bumi Allah. Tahukah anda?? Nikmat yang Allah berikan di dunia macam debu yang tiada erti dan sangat tiada erti jika dibandingkan nikmat di syurga sana. Mari sedarkan diri, kalau nak tampar muka bagi sedar terpulang pada kalian. Hee. Ehh, adakah yang nak baca entry aku ni?? Rasanya tak ada yang nak baca. Samalah macam twitter aku tu, tweet macam macam tapi tak ada pun yg nak baca.Alahai. Jika nak banding kan jumlah follower dan following jauh beza dengan tweet aku yang beribu tu. Tak pecaya cuba tengok.


Bismillahhirahmanirahim.. Sebenarnya perenggan di atas tu sebagai mukadimah yang mengarut ja. satu penyakit aku, adalah hendak bermukadimah. Tak tahu nak cakap apa. Mungkin kerana aku seorang lelaki pendiam.Ehhh. Yes,memang lelaki pendiam. Ok,aku start. Sebelum aku berhijrah menjadi lebih baik setahun dua ni, dahulunya aku memang seorang yang kira nakal jugaklah walaupun aku ni jenis yg pendiam sikit. Aku amat pantang sekali bila ada orang cabar aku, yang kurang adab dengan aku. siapa yg berbuat begitu dengan aku kau tungu, kau tungu. pada mulanya aku akan diam. aku akan bagi chance sebanyak 3 atau 4 kali sebelum aku melepaskan sepakan atau tumbukan kearahnya. Dahulunya aku memamg jenis tak peduli orang tu siapa, setinggi mana pengaruh dan pangkatnya. Kalau aku nak bantai, aku memang bantai. Lantaklah dia nak bawak senjata ka tak. aku memang takkan undur. Itu janji aku masa tu. Apa yang aku rasa, ramai jugak orang di sekitar aku, macam segan dengan aku. Eyalah, sepatutnya perkara ni aku boleh bawak berbincang. bukanlah pergaduhan sebagai penyelesaiannya kan?? Betul x?? Dalam situasi tu aku memang seratus peratus salah dan bukanlah si pencari pasal terhadap aku tu.


Yang ni nak cerita. Aku tahu,aku bukanlah abang mithali seperti abang abang yang lain. Tapi awas, dahulunya siapa yang pukul atau kacau famil aku terutamanya adik adik aku kau siap !! Masa adik adik aku masih kecil, biasalah budak budak memang nakal. suka kacau sana sini. ada part adik aku bernakal dan abang abang diorang bagi nangis adik aku,pukul adik aku sampai nangis. Kau tunggu, aku datanggg !! Aku akan pergi ke rumah si abang abang yg memukul tu untuk memarahi balik diorang. Aku siap bagi warning lagi. Si abang abang yg memukul adik aku tu jauh lebih tua dari aku. ada yang 3 tahun lebih tua dari aku dan ada 8 tahun lebih tua dari akuu. Tapi aku tak peduli, serbu tetap serbu. sebelum diorang buat perkara yang sama, aku bagi warning awal awal. Ganas x aku?? Kahkahkah. Tapi jangan takut. serius jangan takut. aku bukan macam tu lagi. Jauh dah berubah rasanya. Mungkin sebab tu aku belum cukup matang. mentaliti aku masih rendah rasanya. serius cakap. Kalau aku matang, aku takkan begitu. Kelunakkan dan kelembutan tu ada. Ecehh !

Ok, masa menengah rendah dulu aku suka curi buah di kampung. Buah terap,buah mangga,buah salak,rambutan,durian dan pelbagai buah lagi. Haa, tu dengan gang gang budak kampung lah tu. Bagi kami, apabila tiba musim buah adalah rezeki bagi kami. Rezekilah sangat benda haam macam tu. Fuhhhh ! Menyesdal aku curi buah buah tu dulu. Alahai ! Kalau emak aku tahu, habeslahhh. Emak aku garang sikit daripada bapa aku yg suka berlembut. -_-' Pernah jugaklah masa kami curi buah hari tu sampai terkantoi oleh pemilik kebun tu, memang lari lintang pukanglah. Berlari siap ada buah di tangan pulak tu. Bayangkan bayangkan dan bayangkan. Hahaa. Budak budak serius aku nakal. Pendiam tapi nakal. alahaii. Yang paling kelakar apabila kawan aku ditangkap oleh pemilik kebun tu, leaps tu dia diikat di pohon rambutann. Apalagi kawan aku, nangis nangislah. kami yang sempat melarikan diri hanya gelak dari jauhh. sebab aku tahu, pemilik kebun tu saja ja bagi takut dia. Apa yang aku tahu,pak cik kebun tu baik orangnyaa. suka bergurau. Kaki surau pulak tu. Heee. Kesian kawan aku yang diikat di pohon pokok kami gelakkan ramai ramai. Jahat sehhh. Semua yang gelak kat situ, semua muka tak maluu. Cheittt !

Teringat lagi masa penglibatan aku dalam kumpulan  SKIN HEAD di Lahad Datu Sabah masa tahun 2004 dulu. Huu. Masa tu aku dalam form 2. Ya, budak lagi. Penglibatan aku adalah disebabkan kampung aku dulu tu ramai budak Skin Head. Mesti ramai yg tak tahu Skin Head tu apa kan?? silalah taip kat google. Hehee. Nanti bagi details kat korang. Kalau nak sebut Skin Head mesti kepala botaklah kan?? Kat google dia tak sebut kepala botak ja. Dia akan bagi ayat yg berjela jela sampai korang pening dan malas nak membacanya. Huuu. Ok,back to the topic.. Biasalah budak muda mudi yang xberapa nak betul ni, setiap sabtu atau ada masa terluang pegilah ke bandar untuk membuang masa. Lepak di kaki lima entah apa apa tu. bergaul lelaki dan perempuan. sosial sana sini. Astagfirullah. sebenarnya aku pun menyesal pernah terlibat dengan benda tu. Baik aku tolong emak aku di rumah. Dapat jugak pahala. Dahlah aku antara budak paling rajin di rumah, anak yang jarang sangat membantah apabila family suruh. Lembut dengan semua family pula tu. Ehhhhhhh. :D terkempen lah pulak kan?? Maafkan saya kalian. Masa lepak dulu, banyak kali jugaklah saya lihat di depan mata saya orang yg minum arak, gaduh sana sini. Bersentuan antara lelaki dan perempuan. serius tak tipu. Walaupun begitu, aku takk. Aku memang tak buat semua tuu. aku just lepak ja buang masa. pendek kata, banyak perkara sia sia aku dah buat. Lagha lebih. Bila ingat balik rasa malu pun ada. dulu bila aku menyesal apabila aku buat benda tak betul aku selalu tampar muka aku sendiri. sangat kerap Tapi apa boleh buat. dah lepas, dan aku masih ada lorong cahaya di depann.Alhamdulillah..

Masa sekolah dulu aku memang sangat rajin ke sekolah, kerja rumah pun buat. tapi habis ja semua tu aku memang tak ada di rumah. aku akan habiskan masa lepak di rumah kawan. setiap petang kami akan lepak di  tepi jalan untuk membuat onar. main gitar sampai bising sana sini.siap buat pondok untuk melepak lagi tu. pondok tu memang special lah, dua tingkat okay. dasyat tak aktiviti buang masa yang kami buat?? Alahaii. Tapi sebelum aku melepak aku pastikan line clear, maksud aku semua family aku tak perasan apa yang aku sedang buat di luar sana. Kalau nak dikatakan xdapat didikan dari keluarga, memang aku ni dah dididik habis. Keluarga aku di tempat aku antara keluarga besar yg diberi gelaran keluarga sakinah. Ramai dari family kami yg bergelar ustaz,bilal dan imam masjid. Orang kuat masjid yg ada di sekitar Lahad Datu jugaklah. Keluarga sebelah emak aku kelurga dari keturunan Habib iaitu moyang aku. Itu sebelah emak ya, sebelah bapa pula dari keturunan Melayu Brunei. Kalau nak dikatakan kaum dari Brunei ni memang kuat berpegang pada agama walaupun taklah semua. Bapa aku seorang yang kuat beribadat.Serius cakapp. Aku pernah tengok dia berzikir hingga ke pagi. Banyak kali jugaklah. Keluarga sebelah bapak aku dipanggil keluarga Syer Mohammad iaitu atok aku. Tapi masalahnya kenapa masa tu aku begitu?? seperti memalukan keluarga aku ja kan?? Hurmm. Kesian keluarga aku. Seperti aku cakap tadi, di sana masih ada lorong cahaya. Alhamdulillah.

Alhamdullilah, sebenarnya sepanjang umur aku 22 tahun ni sebenarnya banyak masalah yang dah mentarbiyah aku. Aku tahu Allah mentarbiyah aku dan aku hanya hadapi dengan senyuman. Aku kena redha. Ya,memang kena sabar dan redha. :-) Semakin banyak beban semakin dekat aku dengan maha pencipta. Apa yang aku rasa sekarang aku dah semakin matang.Ecehh. Matang ka?? Ya kot. Hahaa. Bolehlah sikit sikit. Aku dah dewasa apa. kena matang sedikitlah. Apa yang orang lain kata aku dah semakin berubag sekarang. Ramai yang perasan walaupun aku tak zahirkan sebenarnya. Mungkin apa yang diorang lihat aku lebih terpandu kearah yang esa iaitu berpandukan Al-Quran dan sunnah. *Angkat angkat kening aku yang lentik* Hee. Aku bersyukur sangat sangat, aku rasa lebih tenang dan lebih handsome walaupun aku tak handsome seperti abang abang handsome du luar sana.

UstazRock???? Ada apa dengan UstazRock?? Ehh. tetiba tanya UstazRock apasal haa?? Ehh, saja ja cakap, kenapa?? Tak boleh ka??? <--- Berdialog sendiri. -_-'
Ya,UstazRock tu aku. Hee. Aku bukanlah ustaz sebeanrnya. Tapi niat untuk menjadi Daie/ustaz tu ada. serius. InsyaAllah, mana tahu aku jadi ustaz esok esok kan. siapa tahu.Hati akuda h terbuka dah ni. Tinngal nak tunggu seru agaknya.Aamiin. doakan aku ya kalian. :-) Apa yang aku nak cerita pasal UstazRock ni adalah disebabkan,Kenapa aku letak nama aku di Twitter yang tak berapa kena layan tu UstazRock??
Jawapannya ialah title Ustaz tu merupakan satu doa dari aku, manakala Rock tu sebab aku sedar aku bukanlah seorang lelaki yang soleh,mungkin sangat jauh untuk jadi lelaki yang soleh walaupun aku tengah berusaha menjadi lelaki yang soleh. Tambahan pula, ehh tambahan pula ea Zaini?? skema ayat. Hahaa. Ok,lagi lagi aku kerap post dakwah di Twitter tu walaupun kadang kala merepek ja lebih. Memang sangat merepek kadang kala. siapa yg followed aku tu dia tahulah. Berlainan di Facebook,aku serius sikit. Yang pasal Rock tu aku merupakan seorang guitarist yang agak tegar. aku suka main lagu lagu rock dan sekarang more to lagu ketuhanan. Bagi aku kalau nak berubah tak boleh buat mengejut,kena slow slow. Dan sekarang aku dapat merasakan hasilnya. Alhamdulillah, Allahaukabar !

Semalam aku pegi #streetDakwah di sekitar taman berhadapan KLCC dan kami berpusatkan di Masjid As Syakirin KLCC. MasyaAllah, ramai juga sahabat yang baik baik aku dapat kenal.MasyaAllah. Muslimat Niqabis yang memang comel pun ramai. Mereka adalah bakal bakal isteri solehah.Aamiin. :-) *Saya segan sebenarnya tengok ramai perempaun daripada lelaki,rasa macam tenggelam pun ada. First rasa nak balik sebab segan. Tapi alang alang menyeluk pekasam biar kita berdakwah dulu. Ecehh.

#Ok,semoga Allah merahmati aku dan Kalian. Aamiin.

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Ya,memang sangat nakal / UstazRock. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Monday 12 November 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Ya,memang sangat nakal / UstazRock.
 

3 comments:

  1. alhamdulillah.. ada niat n usaha untuk berubah ke arah kebaikan. itu yang lebih penting. lagipon dah nak masuk tahun baru ni kan?? ;D


    *remove 'word verification' buleh x? gi tukar kat setting. huhu.. tq.

    ReplyDelete

Followers