Bila orang tanya kau seorang muslim kau mesti jawap kau seorang muslim,Tapi....

Assalamualaikum Para readers yang baik hati lagi budiman lagi baik akhlaknya. Aamiinyarabb. :-)

Sebelum aku buat entry ni mesti terpikir dalam otak aku, adakah yang nak baca entry aku yang tak seberapa ni?? orang berminat kah tak?? jika orang baca,orang boleh amek iktibar kah tak?? Mesti banyak yang tak betul apa yang aku tulis di sini kan?? Tetapi pasti ramai yang terlepas pandang. Mungkin. Apapun ampun jika ada salah dan silap. :-) Niat dihati untuk berdakwah walaupun pengalaman dan ilmu berada di paras air yang sedang cetek tanpa ada sebarang ikan yang berani berenang di sekitarnya. Ok,ini berdasarkan apa yang saya lihat,saya rasa dan MUNGKIN berlaku pada diri saya sendiri.  Ecehh.



Bismillahhirahmanirrahim..

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau tinggal solat??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau mendedahkan ka auratmu tanpa menghiraukan tuhanmu??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau menyimpan dengki di hati??

Kau kata kau beragama islam tetapi kenapa kau berbohong??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau hanya membiarkan saudara seagamamu merana ditimpa musibah??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau bersentuhan dengan bukan mahrammu sesuka hati??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau lebihkan duniawi dan membelakangkan tuhanmu??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau tidak menggunakan ilmu untuk berhijrah daripada negatif kepada positif??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau mengumpat sesama saudaramu(Ghibah)??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau bicara tentang kebaikan beragama sedangkan kau tidak melakukannya??

Kau kata kau beragama islam tapi kau lebihkan benda yang sia-sia tanpa menghiraukan amalan untuk syurgamu??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau tidak cuba untuk bersedekah/menderma untuk saudara kau yang lain??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau hampiri keganasan berbanding keamanan??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau memperjuangkan agama dalam masa yang sama kau mengaibkan saudaramu yang lain??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau berdakwah semata-mata untuk mengharapkan pandangan orang lain terahdap kau berabnding pandangan Allah??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa sunnah Rasullulah kau abaikan??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa mencuri sedangkan kau masih mampu untuk bekerja??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau membiarkan hatimu dibelenggu syaitan laknatullah??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau menghina agama lain??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau tidak memperdulikan orang tua mu??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau berjanji tetapi hati kau menolaknya??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau lebih banyak mengeluh daripada bersabar/redha??

Kau kata kau beragama islam tapi jihadmu terhadap agama tidak kelihatan??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau mewujudkan perpecahan??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau bersikap kasar tanpa memikirkan tentang akhlakmu??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau tidak sedikit pun mengambil masa untuk mengingati tuhanmu??

Kau kata kau beragama islam dan kau percaya adanya Allah sebagai penolongmu tapi kenapa kau tak berdoa padanya berbanding bergantung seratus peratus pada orang lain??

Kau kata kau beragama islam dan percaya segala kekayaan kau semuanya daripada Allah tapi kenapa kau tidak sujud syukur kepadanya??

Kau kata kau beragama islam dan percaya hanya Allah sebagai penolong di saat kau susah atau miskin tapi kenapa kau tak berdoa kepadanya??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau tidak untuk mencari hidayah setelah kau hanyut dari agamu??

Kau kata kau beragama islam tapi kenapa kau lebihkan cinta kepada girlfriend/boyfriend mu yang jelas haramnya dengan membelakangkan cintamu kepada Allah dan Rasulmu??

Kau kata kau beragama islam dan kau percaya syurga dan neraka tapi kenapa kau tak bergerak untuk syurga??

Jika kau tak bergerak kau akan tetap di situ. Ya, jika kau tak bergerak kau akan tetap di situ !

Kita memang tak maksum seperti Nabi, akan tetapi kita ada Al-Quran sebagai pembimbing,kita ada sunnah. Kedua-duanya sebagai panduan kita. Bagi saya tidaklah dianugerahkan panduan sebegitu suka-suka tanpa kita dapat mengikutnya. Pasti bolehkan?? Kita usaha,Allah permudahkan.

Aku letakkan beberapa dalil untuk panduan sahabat semua termasuk aku sendiri--->

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya”. (Surah Ar-Ra’d: 27).Firman Allah bermaksud: “Aliif laam miim, Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada hal yang ghoib, mendirikan sholat dan menafkahkah sebagian rizki yang diberikan kepadanya” (Surah Al-Baqaroh: 1-3) Rasulullah saw bersabda: “Jika Allah menginginkan kebaikan (petunjuk) kepada seorang hamba, maka Allah akan memahamkannya agama”. (HR Bukhori)
Firman Allah :“Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu beserta dengan orang yang buat baik.”  ((Surah Al-Ankabut : 69)Allah berfirman: Maksudnya “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.” (Surah Al-Baqarah: 213) dan lagi firmanNya yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemberi petunjuk.” (Surah Az-Zumar:23).
 Allah berfirman:“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allahlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang2 yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Allah berfirman:“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allahlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang2 yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).



Sebenarnya beberapa dalil yang aku kemukakan di atas sebenarnya copied dari blog kawan aku. Kehkeh. Tu yang nampak lain sikit tu. :D Maafkan aku jika ada persoalan-persoalan yang tak sepatunya di atas. Sekian. Tabarakallah.

#Aku tepuk dada, anda juga perlu tepuk dada bersama.

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Bila orang tanya kau seorang muslim kau mesti jawap kau seorang muslim,Tapi.... ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Friday 16 November 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1comments: di postingan Bila orang tanya kau seorang muslim kau mesti jawap kau seorang muslim,Tapi....
 

1 comments:

  1. Ini baru informasi yang berguna.. saya sebagai pembaca juga merasakan banyak yang kurang dalam diri

    silahkan kunjungi = https://www.ittelkom-sby.ac.id/

    ReplyDelete

Followers