Alhamdulilah Wasyukurillah.

Assalamualaikum bakal Jenazah dan bakal bangkai sekalain. Termasuk aku sekali. Ehh. sory,terkasar sedikit. Haihh.

Cukup lama aku tak update blog. Lama betapa kot. Mungkin entry ni agak skema atau bla bla bla. sebenarnya idea pun tak dak. ni main random ja. bukan ada nak baca pun. aku ja yg baca sorang. Hahah.
Sesiapa yg terbaca ni moga kalian baik baik hendaknya yaa. selamat beribadah. Utamakan yang Maha qhaliq,InsyaAllah berbahagi dunia akhirat. AamiinYarabb. :-)

Okay,berdasarkan apa yg saya rasa. setahun dua ni Rasanya aku ada perubahan kot. Entahla, mungkin ada. Bukan saya yg kata,ramai sahabat diluar sana yg kata. Bukan sahaja sahabat yg kata, kebanyakkan family aku kata pun macam itu. Perubahan ni bukanlah kearah yg negatif,akan tetapi kearah yg positif.
Alhamdulillah. Tapi aku tahu,aku taklah sebaik korang. saya percaya itu. Bila bersosial dengan kawan kawan mesti aku merasakan yg mereka lebih mulia dari aku. Entahlah, Wallahualam.
Tak silap,dulu saya pernah update kat facebook yg kononnya saya sangat2 mahu jadi orang, sebabnya dulu saya bukanlah orang sangat. Nak kata spesis kera pun jauh sekali. Ewahh. :D Namun begitu,aku waktu dulunya bukanlah jahat, jahat dan jahat. Cuma banyak acuh tak acuh dengan kewajipan beragama. Mungkin sebab waktu dulu budak lagi kot. Ya,saya budak lagi. Lahir tahun 90an Okay. Muda x?? *Lari topik* Hahaa.

MasyaAllah Fatabarakallah, Nikmat sungguh kemanisan iman yg kau berikan YaAllah. segala puji bagi Allah. Mohon ampun di atas segala kesalahan. Sangat berasa tenang. *Tarik nafas sambil senyum senyum*.
Ermm,Hari tu semasa di Surau At-Takwa dalam 1@2 kali aku dapat mengikuti majlis ilmu daripada Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Hari itu, first time saya dapat cium dan peluk dan salam beliau. MasyaAllah. Tawaduk sungguh beliau. Bila beliau buat lawak aku sedkit pelik jugak, sebabnya apa yg aku expected ulama biasanya mesti seorang yg tegas dan serius memanjang. Banyak juga ilmu yg aku dapat sepanjang jadi warga surau tu. Pak cik,Datuk,remaja dan budakk budak ramai dah kenal aku. Rasanya aku ja Orang sabahan dalam kalangan mereka.

Ni nak cerita, kadang kala aku pun segan berkumpul dengan orang-orang yg soleh. sebabnya aku taklah sesoleh mereka. Jika dikir,memang banyak kecacatan yg pada aku. Rasa kesal dengan diri pun ada. Walaupun begitu,aku kena usaha menjadi seperti mereka. Itu janji aku. Yala,aku lelaki. Berat tanggungjawap aku. Jadi aku mesti mencari kemurniaaan dalam beragama. InsyaAllah. Adakalanya aku mencari port untuk mengingati Allah sambil menangis. Dan aku betul betul menangis teresak-esak mengenangkan aku yang dulu. Sebenarnya apa yg terjadi di depan mata aku sama ada baik atau buruk itu adalah pelajaran bagi aku. Sebabnya,apa yg baik aku kenalah ikut/mencontohi/apa yg jahat itu sebagai petanda supaya aku tak perlulah ikut. Dan banyak lagi sebab yg aku dah save dalam diri. :-)

Okay, setahun yg lepas aku pernah termimpi aku ditarik oleh sekumpulan orang alim yg berpakaian serba putih. Dalam mimpi tu aku diajak untuk berkunjung ke tempat manusia yg sangat daif kehidupannya. Kelihatan mereka adalah orang susah yg berbadan sangat kurus. sangat kasihan dengan mereka. Selepas tu para orang alim membawa aku untuk mengelilingi setiap kubur manusia dan menceritakan setiap kesalahan dan kebaikan yg manusia dalam kubur tu pernah buat. MasyaAllah, rasa mimpi tu seperti benar benar nyata.
Walaupun mimpi aku tak sedasyat mana, tapi aku tahu itu banyak hikmahnya. InsyaAllah lepas tu aku banyak mendekatkan diri dengan yg maha qhaliq walaupu kadang kala sedikit terjatuh. Entahlah,adakah itu hidayah atau tak. Aku tak expected yg Allah akan memilih aku untuk diberikan hidayah. *Sedih* Tapi aku tahu, mungkin aku masih jahil kerana masih banayk amal yg aku belum buat tapi aku ada kehendak untuk berbuat demikian. Rasanya itu bukan kehendak,itu sangatlah perlu. InsyaAllah,mudah mudahan aku dipanjangkan umur untuk sentiasa beramal di jalanmu YaAllah. Aamiin. Dokan aku ya. :-)

Segala puji bagi Allah kerana telah menghadiahkan sahabat yg baik kepada aku.Alhamdulillah. Bila bergaul dengan mereka, kami sering berkongsi ilmu. Sana sini bercerita pasal ilmu. Pada mulanya saya pun berasa kekok, tetapi lama kelamaan rasa nikmat tu ada. Setiap kali berjumpa mesti ada ilmu yg akan kami share bersama walaupun tak seberapa. Rasa diri ni matang pun ada jugak,walaupun aku taklah matang. Ehh. :D
Biasanya,bahasa yg kami gunakan memang teratur dan halus bunyinya. Masing masing menjaga adab rasanya. Sangat berbeza apabila berkomunikasi dengan manusia yg kasar dan agak semberono sikapnya yg saya pernah jumpa.

Kesimpulannya, saya pun tak tahu mahu cerita apa di sini. :D Okay,sebenarnya entry ini seratus adalah untuk aku. Maafkan saya jika cerita ni tak berapa selesa di hati kalian. Maafkan saya. Satu nasihat saya, kalau mahu berubah kearah kebaikan cuba buat slow-slow kalau kalian rasa masih kekok atau berat. InsyaAllah Allah akan permudahkan. Believe me. :-)  Lepas tu cuba istiqomah. Kalian, Allah mengharapkan kita kearahnya. Allah sangat sayangkan kita. Jangan lupa dia. Ingat tu. Jangan pula membuat kebaikan kerana takut nerakanya, tetapi kena buat ikhlas kerana Allah. Cuba ya. Sangat Handsome dan Beautiful jika menjadikan agama kita islam sebagai aset peribadi.Ewahh. Tabarakallah. Sekian. Jaga iman selalu, sentiasa perbaiki diri ya saudaraku sekalian.





Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Alhamdulilah Wasyukurillah. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Saturday 3 November 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Alhamdulilah Wasyukurillah.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers