Kerana Istiqamah itu perlu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat saya. Segala puji hanya untuk Allah pemilik sekalian alam,selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. :-) 

Istiqamah. Rasanya semua orang tahu maksud istiqamah. Siapa yang belum tahu InsyaAllah aku cuba terangkan di sini. *Sedikit intro. Aku bukanlah seorang yang tinggi ilmu,mungkin ilmu baru ke buku lali. Ilmu tersangatlah cetek. Namun begitu,aku cuba mencari ilmu. Kerana mencari ilmu itu wajib hukumnya. Dengan ilmu juga dapat menerangi kehidupan hinggalah ke akhirat.InsyaAllah.
Mari bersama mencari ilmu sahabat! Mari sama-sama mengubah diri kearahnya. Sayang pada kalian semua!

Berdasarkan apa yang aku tahu menerusi bacaan-bacaan dan mana-mana kuliah yang aku ikuti Istiqamah ini bermaksud pendirian teguh kita di atas kebenaran(Jubran,1990).  Apa yang aku faham di sini, kalian dan aku sendiri perlulah melaksanakan syariat dengan teguh,dengan berlandaskan akidah yang benar(Ahlus sunnah wal-Jamaah). Kita perlulah berani menegakkan kebenaran dalam beragama, beribadat dengan benar tanpa menggunakan logik akal semata-mata,akan tetapi berlandaskan dalil-dalil agama yang sahih(Al-Quran dan sunnah). Dengan itu,akidah kita perlu tetap dan janganlah berpaling dari kebenaran walau sedikit dan walau apa jua keadaan pun.

Tidak dapat dinafikan istiqamah ini penting. Ya,sangat penting! Rugi jika kita memandang enteng disebabkan kealpaan dan kelalaian kita di dunia yang sementara ini. Dengan istiqamah maka timbullah keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah,merasa manisnya iman,bersikap berlapang dada,fikiran sentiasa ditetap untuk berjuang di jalan Allah sahaja dan pelbagai lagi nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Syaitan juga takut dengan orang yang ada sifat istiqamah. Kita benci syaitan kan??? Okay,kita cuba istiqamah ya sahabat. Cuba,cuba dan terus mencuba untuk ke syurganya. Aamiin.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud,

"..Katakanlah (wahai Muhammad),sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawa tuhan kamu hanyalah tuhan yang esa,maka hendaklah kamu tetap teguh(Istiqamah)di atas jalan yang betul(Yang membawa kepada mencapai keredaannya),serta pohonlah kepadanya mengampuni dosa-dosa kamu yang telah lalu dan ingatlah kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukannya.(Dengan sesuatu yang lain).." -Al fussilat:6-

Di dalam sepanjang hidup kita di dunia ini,penghayatan istiqamah adalah perlu dalam melaksanakan tuntutan agama(Islam). Ianya bukan sahaja pada fardhu ain sahaja,akan tetapi untuk fardhu kifayah juga. Jelasnya di sini, kedua-keduanya perlu diberikan penghayatan. 

Istiqamah merangkumi amalan hati,perbuatan dan lisan.*Cuba fahamkan ya sahabat-->

Istiqamah hati. 

Istiqamah hati bermaksud kita perlu meneguhkah kesuciaan iman yang ada di dalam hati. Sifat ujub,takabbur,riak dak segala bentuk kesyirikan hendaklah dibuang. Keikhlasan kita dalam beribadat adalah kerana Allah dan keyakinan kepadanya perlulah kita sematkan. Aamiin.

Istiqamah perbuatan/Amalan.

Istiqamah perbuatan atau amalan pula, segala amal perbuatan kita hanyalah untuk Allah untuk mendapatkan redhanya. Semangat menegakkan keadilan dan kebenaran juga adalah peringkat dalam istiqamah perbuatan/Amalan. Menerusi istiqamah hati, segala bentuk cabaran sama ada besar atau kecilnya cabaran itu tidak sedikit pun melunturkan semangat kita untuk terus berjuang. Akhirnya kejayaan juga turut dicapai.

Istiqamah lisan.

Istiqamah lisan bermaksud segala kata-kata kita adalah sesuatu yang benar tanpa bermuka-muka, atau pun berdolak-dalik. Dengan istiqamah lisan yang ada pada hati seorang muslim yang beriman,ialah keberaniaannya menyatakan kebenaran. 

Allah berfirman yang bermaksud,

"..Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakinya.." -Ibrahim:27-

Bagi saya, asas yang menentukan matlamat kita ialah bentuk perjuangan kita sendiri sama ada besar atau kecil. Perjuangan kecil adalah perjuangan untuk dunia semata-mata,perjuangan yang terbesar sekali adalah perjuangan menuju redha Allah yang kekal abadi. *Cuba kita fikir sejenak sahabat. Segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Ya,bergantung pada diri kita sendiri. Hal ini kerana,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia merubahnya sendiri. Dengan dunialah kita boleh mendapat syurga melalui istiqamah. Jika hendak menuju ke syurga Allah, istiqamah adalah saluran yang patut kita lakukan,kerana istiqamah ini menyentuh bab akidah kita sendiri. 

Jika difikir,istiqamah itu susah tetapi manis apabila menghayatinya atau telah mendapatnya. Payah tetapi nikmat di penghujungnya. Semoga aku dan kalian semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang sedang beristiqamah di jalannya. Aamiin. Sayang pada kalian semua! :-)

*Mohon diperbetulkan jika entry saya ini banyak kesilapan ya. Sebab saya main random sahaja. Segala yang baik datangnya daripada Allah,yang buruk datangnya daripada diri aku sendiri. Maaf juga jika ada terkasar bahasa. 

*Ibrah hikmah bagi yang berfikir. Wallahualam. Assalamualaikum saudara seagamaku. :-)


Nak bagitahu ni sahabat, sweet kan gambar ni?? Aku pun nak jugak macam ni.Haihh. *Gambar lari dari topik. Entah gambar mana aku ambik. muka ni sedang ready untuk kena penampaq.

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kerana Istiqamah itu perlu. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Monday 24 December 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1comments: di postingan Kerana Istiqamah itu perlu.
 

1 comments:

  1. yang penting istiqamah dalam apa jua perbuatan baik yang kita lakukan...

    nice entry..

    ReplyDelete

Followers