Budak surau itu/Solehnya dirimu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamaualaikum kalian. Segala puji hanya untuk Allah SWT,Pemilik sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. :-)

Berdasarkan title di atas aku mahu share tentang itulah. Apalagi. Hee. YaAllah,susahnya mahu bermukadimah di sini.=( Baik, Kalau mahu menjadi lelaki yg soleh itu amat payah bagi aku,dan mungkin tidak bagi kalian. Sekuat mana ibadah dan sekuat mana akhlak dijaga masih susah mahu mendapatkan title lelaki soleh. Title lelaki soleh bukanlah sebarangan dengan diberikan pangkat oleh majikan atau mana-mana manusia. Hakikat soleh datang melalui hati dan sejauh mana hubungan dengan maha pencipta. Bagi aku,soleh itu perlulah dicari dan tidak perlulah menunggu seru atau transfer amal daripada pengibadah yang lain. Amal ibadah itu perlulah dilakukan sendiri. Bila menyebut perkataan 'soleh', kadang-kala saya teramat-amatlah malu pada diri sendiri. Akan tetapi, perkataan soleh itu sendiri yang merubah aku walaupun masih merangkak sebenarnya. Terima kasih pada rabb ku. Ingat,soleh atau solehah bukanlah perkataan kosong. Ya,bukan perkataan kosong! Kita ada pencarian kerana kita ada fitrah. Fitrah kecenderungan kepada agama kita(islam).



Setelah berpindah ke sahabat surau baru, aku ada kenal seorang lelaki soleh. Bukanlah abang-abang,adik-adik dan kesemua pak cik-pak cik tidak soleh,tetapi dalam ramai-ramai orang beliau seorang yang aku TER kagum. Pertama kali melihat beliau terlihat sinar di wajahnya yang tenang.Beliau Sedikit berjanggut dan umur sudah 24 tahun. Setiap hari aku bertandang ke surau itu, tetapi dalam 2 bulan selepas itu baru perasaan akan kewujudan beliau. Pada mulanya aku sering memerhatikan beliau. Khusyuknya beliau,tenangnya beliau,tawaduknya beliau,pendiamnya beliau,kuatnya beliau beribadah etc. Setiap hari aku sering mengintai beliau, tidak dinafikan aku menyintai keperibadiaan baginda Rasulullah dan sekarang aku juga perlu mencari sahabat yang juga sama menyintai baginda Rasullullah untuk dijadikan inspirasi dalam beribadat. Secara diam,aku menjadikan sahabat baru aku itu sebagai inspirasi. Secara diam aku menggilap takwa dan menambah ibadat kerana Allah. Walaupun ibadah aku kini agak bertambah,tetapi aku tahu aku tidaklah seperti beliau dan yang lain. Mungkin jauh sekali rasanya. Wallahualam.

Pada suatu hari itu, selepas kuliah subuh seperti biasa kami makan secara berjemaah di ruang luar tempat solat. Kebetulan aku duduk sebelah beliau. Beliau juga seorang yang tidak banyak bercakap rasanya,begitu juga aku. Pendiam sedikit. Karakter kami ada persamaan rasanya. Walaupun begitu, aku cuba untuk menegur beliau untuk menanya dimanakah rumah beliau. Bagi aku kalau mahu cari sahabat baru itu,kena soal atau bual perkara yg ringan dulu. Mahu warm up lah senang cerita. Setelah mengajukan soalan,beliau hanya tersenyum dan menunjuk arah rumahnya. Kami duduk di taman yang sama rupanya,cuma berbeza lorong. Lalu aku terus diam disebabkan di tangan aku ada Nasi Lemak Puan Roslinah. Tidak dapat dinafikan Nasi Lemak Puan Roslina tersangatlah sedap. *Aku memang suka lari dari topik.

Keesokannya harinya, kami duduk di saf yang sama iaitu saf yang paling pertama sekali. Masa dengar kuliah pun kami duduk berdekatan. Tetapi beliau duduk di belakang aku. Kalau mahu tahu masa kuliah sahaja beliau akan duduk di belakang seperti orang yang tengah menyorok sambil tunduk. Okay,kebetulan pula selepas kuliah subuh kami bersarapan bersama dan duduk berdekataan. Biasanya, bila makan di surau jarang duduk makan sekali muka yang sama. Maksud aku,kadang kadang duduk dengan orang ini,kadang kadang duduk makan dengan orang itu. Masa kami berbual masa sarapan itu, banyaklah kata-kata yang bermanfaat dari mulut beliau. Kami sering beri memberikan pandangan tentang sesuatu perkara. Ternyata ilmu beliau lagi tinggi dari aku. Beliau banyak menyentuh bab tauhid dan taqwa kepada Allah dan aku hanya mampu menyoal dan memberikan sedikit ilmu yang aku tahu. Kadang-kala beliau menyelitkan rutin hariannya di luar. MasyaAllah,langkahnya kebanyakan menuju keredhaan Allah. Aku percaya. Apa yang aku lihat beliau adalah seorang yang serius,setakat ini tidak pernah lagi aku melihat beliau ketawa melainkan hanya senyum. Ya,senyum itu sunnah, ketawa bukan sunnah ya,banyak ketawa hati menjadi keras. Di situ aku faham! Apa yang aku lihat,seperti banyak sunnah Nabi yang beliau buat contohnya cara pemakaian,cara duduk dan lain-lain lagi. Sejujurnya aku berasa kagum dan aku bertekad untuk menambahkan amalan sunnah baginda.InsyaAllah. Mari sahabat.

Kebiasaanya jika tidak ada kelas aku akan menghabiskan masa aku untuk membaca mana-mana buku agama,melayari internet,membaca islamik blog, dan kadang kala bermain gitar. Masa itu,tergeraklah hati aku untuk mencari ciri-ciri lelaki soleh di internet untk menbandingkan dengan sahabat aku itu. Terasa kebanyakkan ciri-ciri tersebut ada pada beliau.Wallahualam. Bagaimana dengan aku??? Aku tahu aku tidaklah sesoleh beliau dan para soleh yang lain. Akan tetapi aku mahu mencapai itu. Ya,perkara ini adalah sangat perlu bagi aku. Memang tersangat perlu kerana Allah dan bukan kerana penilaian makhluk.Wallahi ! Ini adalah soal akhirat. Entah boleh entah tidak sahaja sekarang.

Setelah berfikir, maka benarlah, jika ingin menjadi seorang yang baik pemilihan kawan adalah perlu sekali. Maksud aku di sini sahabat kita mencerminkan siapa kita walaupun pernyataan itu bagi saya adalah kurang tepat(Kadang kala). Kurang tepat?? Hal ini kerana,bagi sahabat yang baik tidak perlulah menyisihkan sahabatnya dek kerana kejahilan yang mereka lakukan. Sebaliknya perlulah membimbing mereka. Seperti kita juga,walaupun kita jahat,bilamana kita mahu belajar menjadi baik kita akan mencari sahabat yang baik untuk bersama-sama mencapai iman,kecaknaan,mentaliti dan segala amal perbuatan yang baik. Jadi,orang-orang sebegitu perlulah dicari untuk dijadikan inspirasi.

Berbalik kepada cerita sahabat aku, beliau adalah sahabat dan bukannya kawan. Ini adalah kerana, aku merasakan segala amal perbuatan serta apa yang keluar dari mulut beliau adalah ilmu(Kebanyakkannya). Beliau lebih banyak mengajak kearah kebaikan dan kata-katanya adalah tidak kosong. Beberapa lama bersahabat dengan beliau, tingkah laku dan segala tutur beliau sedikit sebanyak telah banyak mengajar aku. Beliau jarang sangat bergurau,bukan tak pernah bergurau ya. :-) Beliau seorang yang serius rasanya, tetapi selalu senyum sahaja. Biasanya,kami akan membaca Al-Quran bersama,berzikir bersama dan pelbagai lagi benda kami buat ketika di surau. Aku tersangatlah bersyukur kerana Allah menganugerahkan sahabat seperti beliau. Keikhlasan beliau mengajak yang lain untuk turut serta beramal tersangatlah ikhlas. Ya,kita tidaklah semaksum Nabi yang tidak mempunyai dosa, akan tetapi kita perlukan peribadi soleh dan solehah dalam semua perbuatan. InsyaAllah.

Di sini saya letakkan kriteria-kriteria lelaki soleh.Wallahualam-->

-Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasullulah.
-Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
-Ikhlas dalam beramal.
-Sabar dalam menempuhi segala ujian hidup.
-Bermatlamatkan untuk mati syahid.InsyaAllah.
-Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
-Kerap membuat solat di sepertiga malam.
-Pemaaf dan selalu berlapang dada.
-Sayang akan keluarga dan masyarakat yang lain.
-Sangat kuat amar makruf nahi mungkarnya.
-Kerap memohon ampun di atas segala dosa-dosanya.
-Tawakal penuh kepada Allah.
-Takut dengan ancaman Allah.
-Akhirat sebagai kampung utama.

Selain itu, tauhid adalah dasar tertinggi bagi lelaki soleh. Hal ini kerana,jika tauhid tidak betul maka segala amal perbuatan akan menjadi sia-sia. Akidah dan keyakinan juga adalah perlu untuk menjadi individu muslim yang sejati.Tidak kurang juga dengan akhlak muslimin. Mari muslimin dan muslimat semua untuk bersama menggilap takwa. Mari !

Okay,sedangkan aku sendiri kagum dengan keperibadian sahabat aku itu. Apalagi para solehah di luar sana. Mesti ada makan tak kenyang, mandi tak basah. Ehhhh. Ya tak?? Ecehh. Para muslimat@mukminat diluar sana,jika mahu mencari suami,lihat dulu agamanya. Ya,agama terlebih dahulu dan seterusnya lihat yang lainnya. Begitu juga muslimin. Banyak kriteria-kriteria yang perlu dilihat sebenarnya.Apapun,pilihan Allah adalah tidak pernah salah. Tetapi ingat, manusia ada hitam dan putihnya. Jangan mengharapkan kebaikan sahaja tetapi tidak boleh menerima keburukan seseorang.  Kita hamba Allah,kita umat Rasulullah,kita sebagai anak,kita sebagai ayah dan ibu,dan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Walaupun kita tidak semaksum para Nabi, tetapi kita ada matlamat,kita perlu sedari yang kita sebagai hamba Allah. Ya,hamba Allah!

-Apapun aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri untuk tidak cuba mengharapkan balasan kebaikan daripada seseorang selain daripada Allah. YaAllah,jauhkanlah aku daripada sifat riak,ujub takabbur dan segala kefasikan. Aamiin. Begitu juga kalian ya.Aamiin.

"..Jika baik ke-Islaman seseorang diantara kalian,maka setiap kebaikan yang dilakukannya akan ditulis 10x ganda sehingga 700x ganda.."[HR Muslim]

* Aku bukan mahu mengagung-agungkan beliau,akan tetapi keperibadiaan positif beliau.Aku mencintai orang yang mencintai agama Allah. Mudahan-mudahan Allah kirimkan lagi ramai sahabat yang baik.Aamiin. Beribu ampun jika entry aku ini ada salah dan silap. Ampun! Ampun kalian.


*Ibrah hikmah bagi yang berfikir. Wallahualam. Assalamualaikum saudara seagamaku.








Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Budak surau itu/Solehnya dirimu. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Sunday 23 December 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Budak surau itu/Solehnya dirimu.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers