Sahabat,mari berpimpin tangan menuju syurganya. Ayuh sahabat.

Assalamualaikum sahabat saya yang disayangi. *Peluk sahabat muslimin dan sahabat muslimat hanya melihat. :-)

Aku ada beberapa orang sahabat. Kalau mahu kata sahabat ukhwah fillah pun entahlah. Sahabat aku adalah orang yang baik-baik walaupun terpesong sedikit. Akan tetapi aku tidak pernah menganggap sahabatku hina dina. Siapalah aku hendak memandang orang hina. Itu jauh sekali. Walaupun aku seorang yang kurang bercakap dan tak banyak mehna. Kasih sayang terhadap sahabat aku itu ada,memang ada. Kalau boleh mahu belai sahabat aku yang lain. Kadang kala aku berasa sedih sebab tak dapat bimbing sahabat aku yang lain. Aku selalu berkata di dalam hati, "Aku nak jumpa kawan aku di syurga nanti, aku mahu sahabat aku masuk syurga sama-sama aku". :(

Kalau hendak diceritakan aku selalu keluar masuk masjid, bersahabat dengan sahabat yang soleh di masjid. Buat usrah di sana-sini,dan selalu mengajak kebaikan. Tapi aku selalu fikir akan sahabat yang sedikit terpesong  ketika beribadah di masjid,surau,ketika mendengar kuliah agama dan di mana-mana sahaja.Wallahi.
Aku selalu menceritakan kepada sahabat yang lain, orang masjid selalu bertanyakan sahabatku yang lain,mengapa tak ajak kawan-kawan datang sekali,mana yang lain,pasti sahabat enta orang-orang baikkan??Aku hanya menyatakan pada hamba yang bertanyakan yang sahabatku sibuk di rumah,mungkin mereka berjemaah di tempat lain dan sebagainya. Soalan tersebut kerap ditanyakan kepada aku. Kadang-kala aku pun berasa malu. Bukan kerana apa, malu kerana tidak membimbing sahabatku yang lain untuk beramar makruf nahi mungkar.

Beberapa kali dan mungkin kerap aku selalu duduk keseorangan memikirkan sahabatku. Alangkah baiknya kalau sahabat aku juga berjuang bersama-sama dengan aku di jalan Allah,alangkah seronoknya rumah ini seperti suasana madrasah tanpa maksiat,alangkah seronoknya jika kami bersama-sama bercerita tentang kebesaran Allah dan sunnah Rasullullah. Bicara ilmu. Rasanya tak salah bercerita tentang akhirat daripada bercerita berkenaan dunia sahaja berkali-kali,kerana kita ada matlamat. Matlamat kita mencari redha Allah,menuju syurga Allah.Ya,syurga Allah. Ilmu agama menerangi perjalanan kita di akhirat jika kita mengamalkannya semasa di dunia.

Dalam beberapa kali juga aku selalu melihat sahabatku berbuat maksiat di depan mataku. Aku berasa geram dan sedikit sedih. Kadang-kala aku cuba menegur, namun teguran yang tak seberapa aku tidak dihiraukan dan dijawap dengan jawapan yang mungkin tidak masuk akal. Pada wajah yang ceria dan sedikit tenang, sebenarnya aku berasa sedih.Ya,sedih. Siapa kata tidak bersedih walaupun nampak sambil lewa?? Siapa tidak geram jika maksiat berlaku di depan mata?? Siapa tidak sedih dan geram jika kadang-kala kata-kata kesat seringkali kedengaran di telinga?? Allahurabbi. :( Aku sebenarnya bukan mahu tunjuk baik,aku sendiri pun kadang-kala tersilap, tapi apa salahnya setiap perbuatan kita menuju kearah yang baik?? Apa salahnya setiap perkataan yang keluar dari mulut semua yang beradab?? Walaupun tak mampu berkata yang bermanfaat,akan tetapi kita sebagai orang islam perlulah beradab. Aku sayang kalian. Ya,sangat sayang! Cuma kadang-kala tak tunjukkan.

Ingatlah para sahabat, kita berjuang di jalan Allah bukan seorang-seorang tanpa mengajak yang lain. Islam tidak mengajar kita mementingkan diri sendiri.Islam mengajar kita bersatu! Walaupun sahabat kita agak keras, kita ada dakwah,kita ada doa. Lihatlah, betapa besarnya kekuasaan Allah! Kita juga sebagai sahabat mereka juga berdosa jika hanya melihat sahabatnya yang lain terpesong tanpa teguran atau mengajak mereka bersama berjuang di jalan Allah. Aku tahu,aku juga bukanlah seorang yang soleh, tetapi bercita-cita menjadi orang yang soleh. Soleh untuk semua orang, soleh kerana Allah Taala. Buka hati sahabat, jangan matikan hati dek pujuk rayu syaitan, kita ada fitrah. Malaikat juga dihantar kepada kita untuk membuat kebaikan,dalam masa yang sama syaitan pula sibuk berbisik agar kita membuat kejahatan. Jadi bisikan mana kita mahu ikut?? Aku percaya ramai yang memilih bisikan malaikat untuk membawa kearah kebaikan. Tapi?? :(

Sahabat, ajal tak kenal usia. Ajal datang pada bila-bila masa sahaja. Tidakkah berasa takut?? Tidakkah berasa takut jika mati dalam berlumuran dosa?? Maka kembalilah kepada Allah sahabat, cintailah Rasulullah.  Di syurga kelak adalah lebih indah berbanding duniawi. Jangan tertipu dengan keduniaan sahabat, akan tetapi gunakanlah dunia sebagai pelaburan menuju akhirat. Usaha gunakan lorong dunia sebagai medan memungut pahala walaupun berat. Percayalah, pada permulaan akan berasa berat namun kenikmatan akan dikecapi sesudah itu. Ikhlas kerana Allah. Bantulah diri ke jalannya, jangan menyiksa diri dengan bentuk kejahilan yang dilakukan. Jika tak melakukan dosa pun pungutlah pahala dengan membuat kebaikan.Aku sebagai sahabat sering mengharapkan semua sahabatku bersama berjuang di jalan Allah. Sangat berharap!

Lihat seluruh alam, alam sentiasa berkhidmat untuk seluruh hidupan yang lain walaupun tidak berfikiran dan berakal seperti manusia. Alam juga sentiasa bertasbih kepada Allah. Alam juga apabila dilihat mengingatkan kita kepada kebesaran Allah. Allah maha besarkan sahabat?? Begitu juga kita sebagai manusia yang berfikiran dan berakal yang perlu berkhidmat pada rabb kita. Dunia musnah alam yang berkhidmat akan hilang, semua hidupan akan hilang. Hanya manusia yang melalui proses di alam akhirat nanti sama ada ke syurga atau neraka. Ingatlah, kemewahan di dunia Allah yang punya. Material yang kita gunakan sehingga lupa akan kewujudan Allah semua daripada khazanah Allah. Sedangkan kita sendiri pun datangnya daripada Allah. Tidakkah berasa malu di hadapan Allah?? Tidakkah sahabat tahu yang kita ini berasal dari syurga?? Tidakkah rugi apabila kita datangnya dari syurga tetapi kembali menuju neraka?? Sementara kita masih hidup, bersama-samalah kita berjuang di jalan Allah sahabat. Ayuh!

Seketika pergilah menyendiri, menyendiri untuk memikirkan nasib diri. Fikirkanlah apa sumbangan aku dalam agama, fikir untuk jadikan dosa semalam sebagai titik tolak untuk berhijrah. Fikirlah apa pun untuk menyesali kejahilan diri sendiri dengan syarat untuk berubah menjadi lebih baik. Lihatlah burung-burung berterbangan, lihatlah segala kebesaran Allah, dan lihatlah segala bencana yang ada sekarang. Allah menjadikan semua untuk berfikir tentang kebesarannya,asal usul kita dan memikirkan petanda amarannya agar kita kembali padanya. Nangislah sepuasnya untuk mengingatinya. Tidakkah kita berasa beruntung?? Allah menciptakan hidupan di dunia cantik-cantik belaka. Allah menurunkan bencana tetapi belum kiamat. Allah hendak kita kembali kepadanya. Sebenarnya Allah sentiasa memberi ruang kepada kita. Ya,Allah masih memberi ruang pada kita sahabat. Jangan bangga akan kejayaan di dunia sedangkan sangat jauh dari agama sahabat,jangan bangga apabila membuat kemungkaran sedangkan itu adalah perbuatan menyiksa diri sendiri sahabat,jangan terpaut pada keseronokan dunia sedangkan itu perkara dosa sahabat. Lupakan tanggapan orang lain jika membuat baik. Semua itu  adalah seringan-ringan ujian. Kembali kepadanya. Sahabat, bukanlah keseronokan jika itu suatu kemungkaran, namun keseronokan itu apabila kita sentiasa berjuang di jalannya. MasyaAllah, seronok berada dalam suasana islamik,seronok jika pergi menghadap Allah,seronoknya jika mencintai Rasulullah, seronok meletakkan ketakwaan kepada Allah,seronok menyemai iman sehari-hari,seronoknya apabila ditimpa ujian di saat diri dekat dengan Allah. Ya,sangat seronok sahabat.

Mari sahabat semua, cintai Allah, cintai Rasulullah. Berhenti mencari redha manusia,kerana jika mencari redha manusia seolah-olah kita menipu diri sendiri kerana jika dipuji berterusan melakukan kebaikan,tidak dipuji maka hilanglah amal jariah semasa di dunia. Bangun sahabat, bangun memperbetulkan diri. Jangan hanya berdiam, jangan hanya berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak bergerak. Mari menghambakan diri kepada Allah. Sahabat yang menyayangi Rasullulah, Rasulullah sedang menunggu kita di akhirat sana sekarang. Rasullulah sayang umatnya. Sangat sayang. Tapi kita terpesong. Allahurabbi. :( Ayuh sahabat yang saya sayangi. Mari berasa cantik,kacak dengan peribadi soleh dan solehah kita. Jangan tunggu lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jangan kisahkan apa kata orang,kerana hak menilai bukan ada pada mereka. Jadi bila terdetik rasa ingin berhijrah teruskan sahaja kamu melangkah. Jangan pernah dikau menyerah. Pertolongan Allah sentiasa hadir pada mereka yang mengharapkan maghfirahnya. Ingatlah,Allah itu maha pengampun. Tidak rugi jika kembali padanya,maka kembalilah pada fitrah. Kita hamba Allah,kita bukan hamba syaitan. Carilah hidayah,jangan hanya berdiam tanpa usaha."







"Pengorbanan yang sebenar ialah pengorabanan yang mendekatkan diri kepadanya. Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan lebih manis jika disandarkan hanya untuk Allah. Keperitan,kesusahan,penderitaan dan tangisan yang dirasai akan mendapat ganjaran syurga.Aamiin. Ini adalah kemuncak kebahagiaan dan kenikmatan.Semoga kita adalah insan yang sentiasa berjuang di jalan Allah.Aamiin."


*Sahabat,pimpinlah tanganku jika aku terjatuh. InsyaAllah akan ku pimpin tanganmu jua. InsyaAllah. Sayang pada semua sahabat. 

#Ibrah untuk kita fikir bersama. Apa yang buruk daripada aku sendiri, apa yang baik datangnya daripada Allah. 












Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Sahabat,mari berpimpin tangan menuju syurganya. Ayuh sahabat. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Monday 7 January 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Sahabat,mari berpimpin tangan menuju syurganya. Ayuh sahabat.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers