Adakah aku lelaki yang tak ada perasaan?? Tapi aku bukan gay.


Assalamualaikum sahabat saya. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu.Aamiin. :-)

Seperti tajuk keras di atas tu,Adakah aku lelaki yang tak ada perasaan?? Tapi aku bukan gay. Agak keras kan bunyinya?? Ecehh. Pernah tak korang dengar "Lelaki Kerang"?? Dulu ada beberapa orang budak perempuan label aku lelaki kerang. Maksudnya lelaki yang tak ada perasaan kononnya. Entahla, saya pun pelik jugak sebenarnya. Bukan kerana apa, kerana banyak istilah baru yang aku tak faham. tu ja. Okay,setelah menanyakan soalan dengan beberapa kawan yang faham maksud lelaki kerang tu, mereka kata lelaki kerang ni lelaki yang jarang sangat bergaul dengan perempuan, bila nampak perempuan mereka buat macam angin yang lalu. Tak kiralah perempuan itu cantik gila kah apa. Lelaki kerang ni kononnya ada handphone pun macam tak ada erti. Main pakai campak ja. Lagipun tak ada pun gadis gadis nak mesej atau kol. Bila difikir macam tepat jugak. Tapi aku selalu call keluarga aku.

Siapalah aku ni sebagai lelaki pendiam dan sedikit pemalu. Bercakap dengan budak perempuan pun jarang sekali. Merendah diri kuat sangt rasanya. Agaknyalah. Takpun aku memang tak ready untuk itu, tak reti sebenarnya.Alahai!  aku pun mahu jugak ada pasangan. Siapalah lelaki tanpa wanita. Seramai mana teman pun, mesti mahu jugak ada pasangan yang special. Ya tak?? Tapi masalahnya aku pandang perempuan macam tak ada perasaan, dan perempuan pandang aku pun macam tak ada tanda tanda nak tackle aku kah apa. Mungkin disebabkan aku yang sebegini sehingga dorang segan dan tak ada niat nak tackle kot. Hee. 

Serius cakap, apa yang mereka cakap tu ada betulnya jugak. Tak tipu! Kadang kala aku tengok budak perempuan macam tak ada perasaan nak ngorat, nak tegur. Peasaan  tak ada. Aku,akulah. dorang,dorang. Bawak hal masing-masing. Aku lebih selesa bergaul dengan kawan lelaki aku. Apa apahal,gaul dengan spesis aku ja. Aku selalu imagine awal awal, kalau ada budak perempuan sekali mesti rasa rimas. Ya,rasa rimas. Padahal kawan kawan aku boleh dikatakan semua mata keranjang. Aku tak,aku tak begitu. Bukan nak good good lah, tapi aku cakap benda yang betul. Bila ada seorang kawan aku bawak budak perempuan aku yang berkeras,. Aku kata, 'Janganlah bawak budak perempuan tu! Janganlah bawak!Nanti kita susah nak gerak. Lagipun aku seganlah kalau ada budak perempuan.' Jahat tak aku?? Nanti family aku tengok dicomplain pulak kan. Lagi lagi perasaan segan dan memang taknak layan perempuan dalam diri aku kuat sangat. 

Dalam family aku pun memang ramai lelaki daripada perempuan. Ya,sangatlah ramai!! Dulu kakak aku selalu bawak kawan sekolahnya ke rumah aku. Tak bercakap kawan akak aku tu, sebab rumah kami ramai budak lelaki agaknya. Apatah lagi family sebelah bapak aku. Pehhh! memang tak payah cakaplah, tersangat ramai jugak. Kami memang keturunan ramai anak lelaki. Persamaan aku dengan pak cik2,bapak dan kazen aku adalah kening. Tak semua sama,tapi kebanyakan. Kami masing2 perasaan. Ecehh! Apa yang aku nak sampaikan dalam perenggan ni,mungkin disebabkan family aku ramai lelaki sehingga aku tak biasa and tak ada perasaan dengan perempuan. Pendedahan kurang agaknya. 

Dulu masa sekolah, aku lah kononnya budak lelaki paling cool di sekolah. Bukan aku yang cakap ni,ramai kawan aku yang cakap. Dorang kata aku lelaki paling tenang,tak cerewet, pegi sekolah abis selamber,perempuan tegur aku tapi aku buat buat senyum ja. padahal aku tak berapa kenal pun budak perempuan tu, lagi teruk ada yang aku tak kenal.Ecehh. Paling aku tak boleh terima,bila lalu depan kelas budak 14 atau 16 tahun ada jugak yang duk usha.Kerap jugak siap panggil abang handsome. Bajet gila cerita aku ni. Hahaha! Ramai jugak yang duk kimsalam kat aku,tapi aku langsung takdak respon. Malahan buat buat tak ada apa-apa.  *Bajet glamorlah tu. Okay,cerita ni bukan tipu,cuma nak cerita kebenaran.hehe. Berlagak gila kan cerita aku??? selepas beberapa orang yg kirimsalam kat aku,kadang kala aku pulak rasa malu. Rasa macam diperhatikan pulak bila di sekolah nanti.Haihhh. Apapun, jiwa lelaki kerang yang ada di dalam jiwa aku ni kuat sangat kot. Siapalah aku nak nak ada pasangan dalam keadaan aku yang begini. Ehh,rasa nak awek pun ada jugak. Serius,tapi aku pun tak faham dengan diri aku. apalagi orang lain. Dan aku yang menaip entry blog ni pun tak tahu nak terangkan macam mana. sekejap begini,sekejap begitu. Alahai. Ehh,ramai jugak perempuan kata aku sombong dulu.

Okay, sehingga sekarang aku memang jarang bergaul dengan perempuan. Serius cakap! diri sendiri sedar diri ni pemalu dan sedikit tak banyak cakap, lagilah kan !! Kalau dengan kawan lelaki tak apalah. Lantak depa. Lebih baik jaga ikhtilat terus kan?? Ya tak?? Tapi kadang kala aku tertegur budak perempuan jugak, terutamanya di alam maya. Alahai ! Rosak program aku. Tapi jarang sangatlah. 0_o. 

Dulu bila aku minat kat seseorang perempuan aku hanya mampu berdiam tanpa sebarang respon. 10 tahun aku minat kat orang tu,10 tahunlah aku hanya berdiam. Usaha tak dak. Ya, usaha tak ada. Bila minat kat seseorang perempuan aku mesti fikir pasal kahwin. Sebab bila kahwin dia dah kepunyaan kita dah. Halal apa. Jauhi zina ya sahabat! :D Terimagine muka anak aku bila kahwin dengan dia yang comel tu, kot2 anak aku comel. Ehh,nak cakap ni. Aku minat macm tu ja sebenarnya. Tapi sebenarnya cepat perasaan ni hilang. Lepas tu aku buat dek jaklah. Kalau dilihat,kawan kawan aku bukan main asyik bercinta lagi, sikit2 begayut. sikit sikit keluar dengan awek dorang. Aku?? Gitar kat tangan dan hanya mampu menyanyi lagu cinta. Teman  akrab aku gitar kot masa tu. Sampai sekarang aku gian main gitar.Haihhh. 



                                                        Tak nak play lagu ni??? =)

Bila dalam proses penghijrahan dalam beberapa tahun ini, aku memang dah pasang niat tak nak bercouple. Biarlah aku cari pasangan tanpa bercinta sebelum nikah. Ya,aku nak macam tu sebenarnya. sweet kot. Biarlah aku dengan rentak aku yang macam ni dulu,bila dah mampu nanti bolehlah taaruf dengan mana mana calon. Lepas tu terus kahwen.InsyaAllah! Itu pun kalau dorang nak.Heheh. apapaun cuba dan terus mencuba.  Yang penting aku nak bahagiakan keluarga aku dulu, aku nak balas jasa semua family aku. Sayang semua family aku. Aku lelaki, walaupun aku dah kahwen tapi aku masih milik keluarga aku,terutama emak aku. Syurga masih di bawah tapak kaki emak aku. Berlainan dengan perempuan, yang bila dah kahwen syurga masih di bawah tapak kaki suami. 

Sekarang ramai sahabat yang aku kenal dah tunang dan terus kahwen dalam usia muda.Alhamdulillah. Tapi takpa,aku lelaki. kahwen lambat pun tak apa. Sedangkan diri aku belum mampu inikan pula nak kahwen. Aku percaya dengan rezeki aku, Allah nak bagi aku betul2 bersedia dan betul2 mampu baru boleh dapat jodoh rasanya.:-) Nak kahwen ea?? :D Yala, bila dah berumur macam ni terfikirlah pasal kahwin. Dulu bagi aku,bila orang fikir pasal kahwin pada usia muda sesuatu yg pelik. sebab banyak lagi yg kena tempuh sebenarnya. Bukan tak elok, maksud aku banyak lagi yg kena buat. Lagi2 untuk diri sendiri dan semua keluarga. Tapi kena percaya pada rezeki Allah. Yes, percaya! 

Jika difikir adakah dijodohkan isteri yang macam ini??---> Wallahi, aku nak.Aamiin. :-)









Atau pun dijodohkan dengan wanita yang macam ini---> 






Wallahualam. Mudah mudahan kita dijodohkan dengan orang yang baik luar dan dalamnya. Aamiin. Jika kita baik,Allah akan kurniakan jodoh yang baik-baik kepada kita,Kalau kita jahil maka jodoh kita adalah sama jahil dengan kita. 

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Adakah aku lelaki yang tak ada perasaan?? Tapi aku bukan gay. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Tuesday 1 January 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Adakah aku lelaki yang tak ada perasaan?? Tapi aku bukan gay.
 

3 comments:

  1. tak kisah la siapa dan bagaimana jodoh anda.. yg pnting taqwa kita tidak berkurang tatkala bersama-samanya.. ingatlah, hanya insan yg berpuasa shja yg akn mnikmati manisnya nikmat berbuka..

    ReplyDelete
  2. Bro....serius perangai ko mmg samecgan aku....umo dah 21 tahun,,,dlm kpale fkircpmpuan ny leceh......merimaskan,tapi tgok kwan2 becinta kdg2 jeles jugak.....ble kwn tnye bilenk ade awek,aku akan ckp nk bhgiakan keluarga dulu baru fkir umah tangga.

    ReplyDelete
  3. kite same broo aku pon pening dengan diri aku sendiri hahaha

    ReplyDelete

Followers