Rabiah Al-Adawiyah perintis cinta ilahi.

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang disayangi kerana Allah. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Jom berselawat. :-)



                          Maaf,beliau bukanlah Rabiah Al-Adawiyah.Tapi beliau seorang adik yang comel.

 Alhamdulillah, pagi buta sebegini hati aku tergerak untuk membuat entry tentang wanita yang anti dunia/wanita yang tersangat zuhud hatinya kepada dunia. Semua sahabat tahu kan cerita Rabiah Al-Adawiyah?? Kalau ada sahabat yang tahu tu,mari aku cerita balik. Takut-takut masih ada yg kurang tahu atau berasa samar-samar.Mungkin. Sebelum tu aku mahu letakkan kalimat indah Rabiah Al-Adawiyah setelah menolak tawaran para salafus soleh untuk ketika hendak bernikah dengannya,

Saudara-saudaraku,
Khalwat merupakan ketenangan dan kebahagiaanku,
Kekasih selalu di hadapanku,
Tidak mungkin aku mendapat penggantiNya,
CintaNya kepada makhluk cubaan bagiku,
Dialah matlamat hidupku,
Oh,hati yang ikhlas,
Oh,tumpuan harapan,
Berilah jalan untuk meredam keresahan,
Oh tuhan sumber bahagia dan hidupku kepadaMu sahaja,
Kuserah hidup dan keinginan,
Kupusatkan seluruh jiwa ragaku demi mencari redhaMu,
Apakah harapaku akan terwujud??

                                                Sambil-sambil tu,play lah selawat ni. Jom. :-)

Bismillahhirrahmannirrahim..

Seperti yang kita tahu,Rabiah Al-Adawiyah yang selama hidupnya tidak pernah bernikah sehinggalah di akhir hayat hidupnya kerana sifatnya yang zuhud kepada dunia malah menolak lamaran para salafus soleh yang hendak bernikah dengannya. Rabiah Al-Adawiyah berpendapat bahawa pernikahan adalah pemutus cintanya kepada yang maha Khaliq. Rabiah Al-Adawiyah juga berpendapat bahawa pernikahan adalah semata-mata pemuas nafsu kepada lelaki. Pahitnya kehidupan dijalani dengan tabah dan sembahyang malam tetap dilaksanakan,lisannya tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah dan istighfar juga merupakan senandung baginya. Itu merupakan kepuasan sebagai rutinnya tanpa sedikit punh merasa bosan.SubhanAllah!

Mengasihi seseorang perlu disematkan rasa sayang kepadanya,rasa kasih kepadanya,dan rasa cinta padanya. Apatah lagi kepada Allah S.W.T dan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang perlu diletakkan dalam kedudukan teratas di hati kita. Tidak dinafikan juga para golongan sufi seperti Rabiah Al-Adawiyah yang meletakkan cintanya kepada maha agung melebihi cintanya kepada dirinya sendiri. Sebahagian besar golongan sufi menjadikan cinta sebagai ajaran pokok dalam tasawuf. Cinta bagi golongan sufi adalah jalan sufi atau keadaan rohani yang tertinggi dan yang penting anatara hubungan makhluk dengan Allah S.W.T. Golongan sufi sangat didomininasi perasaan cinta yang menebal kepada Ilahi yang biasanya mereka ungkapkan dalam bentuk puisi selain beribadat kepada Allah.Sebagai contoh,Al-Hallaj mewariskannya dalam bentuk puisi atau prosa. Dalam islam,ajaran cinta kepada Allah bukan hal yang baru kerana sejak awal Rasulullah memant telah mengajarkan ajaran cinta tersebut. Dalam dunia tasawuf pun masa awal zuhud,cinta merupakan satu langkah awal yang harus ditempuh oleh seseorang.

Tetapi kepada Rabiah Al-Adawiyah lah dirujukkan pemakaian mahabbah cinta dalam kalangan para sufi. Sejak Rabiah Al-Adawiyah mula cinta kepada Allah dan kemudianya dia zuhud terhadap dunia telah membuka perbincangan para sufi.Abu Al-Wafa Al-Ghanimi menyimpulkan bahawa Rabiah Al-Adawiyah bukan hanya mempopularkan kata-kata cinta melalui perlakuan dan syair cintanya,tetapi dialah antara orang yang pertama menganalisi dan menghuraikan pengertian cinta kepada maha Khaliq tanpa mengharapkan sedikit pun balasan daripada Allah S.W.T. Rabiah Al-Adawiyah tidak mengharap yang ibadahnya kerana syurga,tetapi rasa rendah diri dan tanda kasihnya kepada Allah yang menciptakannya. Dia tidak sedikit pun mengharapkan balasan daripada Allah.

Pada dasarnya pokok dari tasawuf Rabiah adalah terletak pada mahabbah. Rabiah lah antara orang yang mempopularkan konsep mahabbah dalam kalangan ahli sufi sehingga seterusnya menjadi pencetus kepada ahli sufi yang lain.

Imam Al-Ghazali dalam karyanya membahas mahabbah cinta secara meluas yang dipetik daripada Rabiah Al-Adawiyah:-

Aku mencintaiMu dengan dua macam cinta,
Cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu,
Cinta kerana diriku adalah keadaan sentiasa mengingatMu,
Cinta kerana diriku adalah keadaanMu,
Menyingkap tabir hingga engkau kulihat,
Baik untuk ini ataupun untuk itu,
Pujian bukanlah unbtukku,
Tetapi bagimu segala pujian.

Sejak Rabiah Al-Adawiyah memilih jalan zuhud kerana cintanya yang menebal kepada Ilahi,beliau tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Bahkan beliau hanya memilih jalan untuk bersendirian dan beribadah kerana Allah. Ia tidak pernah bernikah kerana takut perjalanannya ibadahnya terputus dek kerana pernikahan. Dia pernah berdoa agar hatinya ditetapkan dan segala rintangan yang dapat menjauhkan cintanya kepada Ilhai dijauhkan. Akibat daripada itu,dia sering dinasihat oleh para golongan sufi yang lain untuk bernikah,akan tetapi hatinya keras mempertahankan pendapatnya dan mengatakan,"Wahai orang yang kuat nafsunya,carilah wanita lain yang juga sangat bernafsu sepertimu.Adakah engkau melihat tanda berahi dalam diriku??"

Walaupun begitu,Rabiah sering didatangi oleh para golongan sufi yang hendak menikah dengannya dengan membawakan sepucuk surat yang menulis bilangan harta untuknya yang semata-mata untuk memujuk Rabiah. Tetapi Rabiah membalas melalui surat dengan mengatakan,"Hal ini tidaklah menyenangkan aku,kamu akan menjadi hambaku dan semua yang engkau miliki akan menjadi milikku atau kamu akan memalingkan aku dari Allah dalam sebuah pertemuan peribadi." Namun begitu tidak sedikitpun mematahkan sifat zuhud dan kecintaan Rabiah kepada Ilahi.

Rabiah berkata, "Sesungguhnya zuhud kepada dunia memberikan ketenangan,manakala terlalu mengharapkan dunia menimbulkan keprihatinan dan kesedihan.Kerana itu persiapkanlah dirimu dan dahulukan tempatmu kembali.Hendaklah kamu mengurus dirimu sendiri,dan janganlah engkau harap orang lain mengurus kepentinganmu kerana mereka ingin membahagi.bahagikan warisanmu. Lakukanlah puasa sebanyak-banyaknya dan jadikanlah kematian sebagai hari besarmu.Mengenai aku sendiri,walaupun Allah telah melimpahkan kekayaan sebanyak yang telah dilimpahkanya kepadamu atau berlipat ganda dari itu,aku tidak akan sesekali meninggalkan zikirku kepada Ilahi walaupun hanya sekejap."

Ini adalah mungkin kerana hidup yang dialami Rabiah mandasarinya menempuh jalan cinta kepada Ilahi. Sejak kecik Rabiah menempuh kehidupan yang sangat kejam sehingga terpisah dengan saudaranya yang lain,dia langsung menemukan orang yang berbuat baik pada masa itu. Yang dia temui hanya orang yang sanggup memperdagangkan dan menggunakan orang untuk kepentingan diri sendiri. Rabiah juga antara orang yang pernah terkorban dalam kancah tipu dunia ketika itu terhadap dirinya,malahan seluruh saudaranya. Bekal agama yang diwariskan oleh ibu bapanya sebagai bekalannya menempuh mehnah dunia sehingga dia menyimpulkan bahawa Allah S.W.T sahaja tempat bergantung.

Dapat dikatakan bahawa cinta Rabiah kepada Ilahi disebabkan cintanya kepada dirinya sendiri. Dia ingin bebas,bebas yang dimaksudkan di sini adalah kebebasanya untuk beribadat semata-mata kerana Allah tanpa gangguan daripada manusia kerana Allah S.W.T sebagai peneman dan tempat berserah.

Dalam doanya,"Oh tuhanku,aku seorang anak yatim yang teraniaya.Aku terbelenggu dalam perhambaan.Namun aku sabar dan rela menanggung penderitaan yang sedang menimpaku.Namun kemudian aku tidak berkuasa menahan penderitaan yang lebih hebat yang sedang menggangu perasaan hatiku kerana aku masih bertanya-tanya dan masih belum mendapat jawapannya.Apakah engkau meredhai akan aku??"

Ketika Rabiah memilih menempuh jalan hidup zuhud dan bergabung dengan para sufi yang lain,dia cuba meningkatkan jalan sufinya dengan meluruskan fahaman para sufi yang mencari pahala semata-mata untuk mencari pahala Allah semata. Dengan itu dia membuka langkah berharap agar yang lain perlu beribadah semata bukan takutkan neraka ataupun untuk ke syurgaNya,tetapi meletakkan keihlasan kepada Allah S.W.T. Hal ini dia beranggapan,"Bagaimana jika Allah S.W.T tidak mengadakan syurga atau neraka.adakah kita masih membuat kebaikan di muka bumi??" Saya sebagai penulis bagi entry ini sedikit tersentak dan berpendapat ada benarnya juga walaupun kurang jelas matlamatnya.Wallahualam.

Berdasarkan sikap Rabiah seorang wanita yang zuhud terhadap dan meletakkan sepenuh cinta kepada Ilahi bahawa Rabiah menjadikan teori cinta tanpa mengharapkan sedikit balasan pun daripada Allah. SubhanAllah!

Berdasarkan sedikit huraian di atas boleh diambil kesimpulan bahawa faktor utama Rabiah yang menjadikan dia mencapai tingkat tertinggi yang mencintai Ilahi antaranya:-

-Hasil didikan agama yang dibekalkan oleh ibu bapanya yang membawanya hingga Makrifah kepada Allah S.W.T.

-Kehidupan Rabiah yang dhaif sejak kecil yang dipenuhi dengan kemiskinan,kelaparan dan perhambaan terhadap dirinya.

-Akibat terpisah daripada adik beradiknya sehingga dia merasakan tiada yang bahagia dalam hidupnya.

Wallahualam.


"Katakanlah:Jika kamu benar-benar mencintai Allah,ikutlah aku,nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.Allah maha pengampun lagi maha mengasihani. Katakanlah,Taatalah Allah dan Rasulnya,jika kamju berpaling,sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang kafir." (Surah Ali-Imran:31-32)

Di samping menjadikan ikhtibar berdasarkan kisah wanita sufi seperti Rabiah Al-Adawiyah, ingatlah bahawa Baginda Rasulullah S.A.W adalah segala penghulu seluruh alam yang tiada tandingannya,dan kasih Allah terletak pada kasih kita kepada kekasih kita Rasullulah S.A.W. Sentiasa berselawatlah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,jadikanlah selawat sebagai makanan rohani kita setiap hari. Waalaikumussalam.

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Rabiah Al-Adawiyah perintis cinta ilahi. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Sunday 27 January 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Rabiah Al-Adawiyah perintis cinta ilahi.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers