Aku dan Zairy. Kami sebenarnya bukan panas baran.

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat. Segala puji bagi Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi serta khazanah yang kita pakai tak sedar sekarang ini. Hee. Selawat serta salam ke atas kekasih kita junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. :-)


Berdasarkan tajuk entry di atas, "Aku sebenarnya bukan panas baran". Ada bunyi-bunyi ganas tak? Mungkin tak ada. Alhamdulillah. Di pagi buta dengan perut yang lapar ini aku teringat waktu aku kerja dulu. Aku teringat disebabkan merindukan sahabat aku yang bernama Zairy yang comel loteh bermuka serius berbadan kecil tu. Memandangkan sekarang pukul 8 AM iaitu waktu bermulanya kerja kami di kompeni "ATS Teknik" suatu ketika dahulu. Tapi aku tak kerja lagi,aku sudah lama berhenti dari kompeni tu. Zairy sahaja yang masih kekal di sana walaupun mulut dia asyik membebel dengan majikan kompeni tu. Waktu aku kerja dahulu masa menunggu keputusan SPM pada tahun 2008 dan menunggu keputusan STPM pada tahun 2010. Cerita ni lama sudah berlalu.



Jika hendak diringkas cerita, pada awalnya aku dan sahabat aku Zairy lepak di depan rumah sambil bermain gitar. Aku sambil memetik gitar secara perlahan-lahan sambil mendengar cerita Zairy. Apa yang aku kenal dengan sikap Zairy sejak kecil, dia seorang yang pendiam,hanya aku sahaja manusia kalau dia jumpa dia akan cerita panjang. Walaupun begitu, dia kuat berpegang pada prinsip. Kalau dia cakap begitu, maka begitulah. Kalau mahu kata dia tegas, memang tegas. Aku pun kadang-kala segan dengan dia. Tapi apa yang aku suka dengan Zairy, dia suka menolong orangnya. Kalau ada apa-apa benda yang tak dapat aku mahu buat,aku akan suruh dia. Dia tak banyak membantah, sebaliknya membuat kerja dengan penuh semangat.
Sebelum itu nak tanya, boleh tak aku cerita tentang sahabat aku Zairy dahulu?? Hee.

Waktu aku sekolah dahulu Zairy adalah orang yang paling rapat dengan aku, sangat rapat. Orang akan rasa pelik jika kami tidak bersama di kampung dahulu. Pendekkan cerita kami memang sehati sejiwalah agaknya. Aku rasa bersalah jika tidak membawa dia sekali ketika kami ada apa-apa aktiviti. Aku risau jika dia merajuk dekat aku. Aku tahu,begitu juga dia. Dia akan berasa bersalah jika ada apa-apa aktiviti tidak mengajak aku sekali. Ramai orang tahu aku dengan dia tidak dapat dipisahkan. Tak ada kawan yang sebaik dia,tidak ada kawan yang lurus bendul seperti dia,tidak ada kawan jika aku minta tolong akan menolak, dan tidak ada kawan berbadan kecik lagi comel yang panas baran seperti Zairy. Kehkeh.

Teringat waktu dahulu setiap balik sekolah mesti Zairy akan tunggu aku di rumah. Dia akan tunggu aku di rumah aku. Kadang-kala Zairy akan tunggu aku di depan rumahnya. Boleh dikatakan setiap hari Zairy akan tunggu aku. Rasa terharu pun ada. Yang jahatnya aku ni, bila dia tak perasan atau terlupa aku sudah balik sekolah. Aku akan berpura-pura tidur di rumah. Bila Zairy datang ke rumah aku akan buat-buat nyenyak tidur. Bila diingat balik rasa bersalah,memang rasa bersalah. Kasihan dekat Zairy. Bukan kerana apa aku buat macam begitu, mungkin masa itu aku penat sangat. Aku perlukan masa untuk menyendiri. Lagipun nanti penat saja Zairy melayan Zaini yang kepenatan. Mungkin tak terlayan gamaknya.Haihh. Jahat tak aku?? *Memang perangai aku bila tahu kawan-kawan datang di rumah berpura-pura tidur. (Cerita dulu okay.Hee)

Waktu dahulunya juga kami selalu bermain gitar bersama,pergi masjid bersama,ke pekan bersama,berkebun bersama,nakal bersama dan banyak lagi kami bersama-sama. Ecehh. *Banyak juga benda merepek kami buat dahulu. Terus terang cakap. Sila janghan tiru ya.Hee.
Zairy juga manusia yang anti-kepada gitar, tapi oleh kerana aku suka bermain gitar dia juga terlibat. Zairy tak suka bermain gitar. Hal ini kerana ayahnya adalah pemain rebana di kampung jika ada majlis-majlis kenduri atau Maulidur Rasul. Dia tak mahu ikut macam ayahnya katanya. Tapi oleh kerana aku suka bermain gitar,dia pun terikut dek hasutan aku. Ehh,aku bukan nak menghasut sebenarnya. Zairy kadang-kala acah acah petik gitar aku. Jadi aku ajarlah dia bermain gitar. Kalau mahu tahu,kira Zairy antara orang pertama yang aku didik dalam bermain gitar walaupun ada sedikit terpaksa.

Cukup setakat itu sahaja aku cerita pasal Inchik Zairy ya. Aku dah kata,mahu bagi ringkas sedikit. Kalau mahu cerita pasal kami memang panjang dari kami belum berkhatan sampailah sekarang. 0_o

Okay, pada waktu petang yang nyaman lagi indah. Masa itu aku menunggu result STPM. Cerita punya cerita Zairy ajak aku bekerja di,"ATS teknik" kompeni yang membuat barang kilang tu. Zairy sudah tak bersekolah,dia berhenti sekolah pun masa dia duduk di tingkatan 2. Dia berhenti sekolah sebab kami kemalangan bersama. Dia cedera teruk,aku Alhamdulillah tak cedera teruk seperti dia.
Jadi keesokannya kami datang ke kompeni tu untuk minta kerja. Intrbiu punya interbiu, psiko punya psiko oleh majikan tu maka kami diterima masuk bekerja di kompeni tu. *Masa interbiu tu ada aku tak berapa faham apa yang majikan cina tu cakap.Dengar cerita beliau baru sahaja baru beberapa tahun sampai ke Malaysia untuk membuka syarikat di sini.

Selepas itu,kami diletakkan di department yang berasingan. Aku diletakkan di department welder dan deparment distillation. Zairy pula di department grind iaitu department untuk meratakan kepingan besi yang telah dihasilkan. Bila difikir,deparment Zairy lah yang paling bahaya sekali. Sudahlah Zairy tu kecil orangnya. Kesian dia. Walaupun begitu dia kuat orangnya. Tenaga macam orang tua. Kalau melahirkan idea-idea yang bernas dalam dunia pertukangan bagi sahaja dekat Zairy. Ada saja ideanya. Aku tak,aku blur sedikit orangnya. Banyak jugalah aku tanya dekat Zairy kalau ada apa-apa kemusykilan. Bukan lembap,tapi Zairy lagi terer. Hee.

Setiap hari aku jenguk Zairy,aku risau jika Zairy berlaku apa-apa. Mungkin deparment dia yang bahaya. Lagipun memang aku mahu jenguk dia. Mahu ajak dia mengarut sekejap. Tak chill asyik kerja saja, sekali-sekala jenguklah kawan yang lain.Ewahh.
Begitu juga Zairy,selalu pegi jenguk aku. Selepas tu,panjanglah cerita dia. Sambil-sambil tu buat kerja juga.
Setiap hari kami saling jenguk menjenguk. CCTV ada,tapi kamu selamber rock ja main jenguk-jenguk.Haihh. Bila masuk waktu asar atau zohor,Zairy selalu ajak aku untuk bersolat dekat sebelah stor yang ada di kilang tu. Begitu juga aku. Tempat solat tu kami yang buat sendiri,kami yang bersihkan sendiri dan kami yang bagi nampak islamik sedikit. Ruang yang kami jadikan tempat solat tu dahulunya tempat simpan perkakas kilang, tapi dorang tak guna sudah. Jadi kami buat port lah. Surau/Masid pula jauh. Nanti ke surau membebel pula cina tu, dia bukan faham pun dengan agama islam.

Dalam beberapa bulan kami bekerja di situ,kami dipanggil oleh kakak kerani stor yang juga bekerja di situ. Rasa pelik pun ada, rasa takut pun ada. Dengan muka bersalah kami datang ke stor dan majikan cina sudah menunggu kami di situ. Aku tahu, mesti cina ni nak marah kami. Ramai dah yang kena marah olehnya selain kami. Masa tu sudahlah kami dengan badan yang kotor,sarung tangan yang kotor lagi berminyak. Siap pakai topeng kilang lagi. Rasa macam dah jadi power rangers pun ada sikit-sikit.Hee.  *Tergelak kecil.

Masuk sahaja ke dalam stor kakak kerani stor terus menutup pintu lalu menguncinya. Akak kerani stor dan majikan pula dengan muka yang ganas. Aku dan Zairy hanya tunduk rasa bersalah. Apa kejadahnya tutup pintu sambil buat muka ganas dorang ni. Rasa macam tahanan polis pun ada masa tu.

Selepas itu bermulalah tengkingan ke atas kami disebabkan hal yang remeh. Kakak kerani stor pula siap menghasut. Banyaklah ayat-ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulut dorang. Aku rasa semua orang bila dengar pun akan sakit hati yang tersangat. Tak profesional langsung dorang ni. Entah apa-apa ja cercaan yang keluar. Kami hanya berdiam sahaja dengan muka yang merah sambil tunduk. Dorang ni nak uji kami kah apa sebenarnya. Aku terima kritikan,tapi kalau begitulah caranya tak eloklah. Adab tak ada langsung. Oh dunia yang fana,manusia dibutakan oleh kebendaan! Ecehh. :-) Ini antara kesalahan-kesalahan kami tapi tidak diselitkan dengan cercaan lagi.-->

*Aku dengan Zairy dituduh menghabiskan simpanan stok batu asah sedangkan semua pun guna pada kadar yang telah ditetapkan.

*Aku dan Zairy selalu hilang di waktu zohor dan asar.Padahal aku sudah bagitahu dekat kak kerani stor tu juga. Takkan akak tu tak faham lagi. Cina tu marah sebenarnya kami pergi solat.

*Kami saling jenguk-menjenguk.

*Zairy selalu baling anjing cina yang ada depan kompeni kami. Zairy memang macm tu,trauma dengan anjing. tapi aku juga yang kena disebabkan kesalahan Zairy membaling anjing kompeni. Haihh. *Tepuk dahi.

Jika difikir memang salah kami rasanya. Mungkin. Tapi yang aku tak tahan takkan pegi solat jumaat pun dimarah,solat fardhu pun dimarah?? Kalau teguran cara baik tak apa, ini dengan sumpah seranahnya lagi.
Kakak kerani stor yang beragama islam itu pun menghasut majikan supaya kami lagi dihentam. Dia tak tahu kah "isu solat" termasuk sekali. Aku rasa, aku patut berkeras juga.

Masa tu apa yang dorang cakap,aku hentam balik. Zairy pun ikut sekali sambil bersembunyi di belakang aku. *Bila ingat balik rasa kelakar pun ada.

Akhir sekali aku baling topeng muka dan sarung tangan di depan dorang. Zairy pun sama. Zairy ni asyik tiru aku ja kerja. Kahkahkah.

Pada jam 12 tengahari kami rehat sebentar di pondok yang ada depan kilang. Pok pek pok pek mulut Zairy membebel, aku pula hanya memerhatikan dengan muka yang kesal.

Aku kesal dengan teguran teruk sebegitu,aku kesal melihat manusia yang dibutakan hatinya dek kerana dunia dan aku kesal dengan sikap aku yang berkeras. Rasa malu pun ada. Jadi aku memutuskan untuk berhenti kerja,Zairy pun sama. Hal remeh saja tu.

Balik rumah pula mengadu dekat emak tentang hal tadi. Jadi banyaklah kata-kata nasihat dari mulut emak untuk aku. Selang dalam beberapa hari aku bekerja sambilan di kilang roti milik mak cik aku.

Zairy pula dekat 2 minggu duduk di rumah. Tapi Alhamdulillah selepas itu abang dia yang juga bekerja dalam kilang tu menyelesaikan masalahnya. Abangnya telah memujuk majikan agar dia boleh masuk bekerja balik. Sampai sekarang Zairy masih bekerja di sana walaupun dia Anti dekat majikan tu. *Padahal satu kilang pun Anti dekat majikan.Alahai!

*Iklan. Aku tua 2 tahun berbanding Zairy. Kami tak sama umur. :-) Aku sayang dengan Zairy. Nama pun dah nak sama.
Waalaikumussalam wbt. :-)

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Aku dan Zairy. Kami sebenarnya bukan panas baran. ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Wednesday 13 February 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Aku dan Zairy. Kami sebenarnya bukan panas baran.
 

0 comments:

Post a Comment

Followers