Aku,mereka dan keadaan. 0_o'

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Semoga sentiasa dalam redhaNya.Aamiin. Shalawat serta salam ke atas kekasih kita Baginda Rasulullah S.A.W. :-)

Aku mahu bagitahu yang aku suka dengan cara hidup aku sekarang. Ya,aku sentiasa suka walaupun liku-liku sentiasa menghalang aku. Baik dari segi itu dan ini. *Sila fahamkan. Tarbiyah demi tarbiyah yang aku telah tempuhi. Kalau nak cerita yang berat-berat tu,seganlah mahu cerita. Tapi kalau mahu cerita yang ringan-ringan tu boleh. Walaupun begitu,aku sentiasa tenang. Aku masih boleh senyum,aku masih boleh bahagia kerana aku tahu,Allah sahaja sentiasa bersama hambanya.



Aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang seperti yang lain. Apapun aku redha,kerana ukuran sudah begitu. Kalau mahu kata keluarga miskin itu,tidaklah. Sejak dari sekolah rendah  lagi, aku memang sudah diajar untuk berdikari. Berdikari untuk kepentingan diri dan keluarga. Berlainan dengan kakak aku. Dia manja sedikit.Mungkin kerana dia seorang sahaja perempuan dalam adik-beradik aku.
Kadang-kala saya rasa segan mahu bergaul dengan orang-orang yang mampu,dengan kehidupan mereka yang serba moden. Mereka seolah-olah tidak pernah merasa berasa susah. Hidup sentiasa mewah.Alhamdulillah. Berlainan dengan aku yang serba-serbi agak kampung sedikit. Jika mereka mengajak aku kesana-kemari kadang-kala agak berat untuk pergi bersama mereka. Takut tak dapat ikut rentak. Dengan itu aku memilih jalan untuk menyendiri. Aku pilih untuk sentiasa bermujahadah. Sahabat aku selalu tegur aku, kalau mahu makan jangan kedekut. Makanlah sedap-sedap sedikit,kalau berjalan dengan kami tengok-tengoklah barang yang mana suka. Kalau berkenan boleh terus beli. Tapi aku mahu bagitahu, aku bukan kedekut atau terlampau berjimat. Duit yang ada pun cukup-cukup untuk aku bayar sewa rumah,stok makan sebulan dan stok untuk benda yang penting sahaja. Lagipun berapalah wang yang keluarga aku kirim untuk aku sebulan. Walaupun begitu,aku belajar tanamkan sifat qanaah dalam diri,aku belajar bermujahadah selalu. Alasan demi alasan aku cipta untuk menangkis segala anggapan terhadap aku.

Masa kecil aku sehinggalah aku menginjak dewasa, aku merasakan aku umpama orang upahan untuk membuat sesuatu kerja dalam seluruh keluarga aku. Baik pak cik-pak cik aku,mak cik-mak cik aku, nenek saudara dan mahupun datuk saudara. Sebelum aku sampai ke semenanjung,banyak tenaga yang aku telah curahkan untuk mereka. Fikiran mereka seolah-olah sudah di'set' nama aku jika ada kerja kampung untuk diusahakan. Buat itu dan ini. Aku tahu,mereka faham aku. Hal ini kerana,sejak kecil aku bukanlah jenis yang suka meminta-minta dengan emak ayah aku melainkan aku berusaha mencari sendiri. Tambahan lagi aku masih belum bekerja. Bertahun-tahun khidmat aku sentiasa diperlukan. Wallahi,aku tak berharap pun mereka bagi aku upah. Kalau mereka mahu bagi aku ambil,kalau tak ada upah tak mengapa.
Aku fikir punya fikir,aku pun tak tahu aku ni jenis lelaki yang lurus bendul kah tidak. Mungkin ya,mungkin tidak. #Ehhh.:D Aku mahu bagitahu,aku sayang sahabat aku Zairy, dia sahabat rapat aku. Apa-apa kerja dia selalu di belakang aku. Budak dia kecil ja,tapi bekerja macam orang tua.Haihh. Muka dia comel tapi selalu serius, kalau dalam sehari dia muka senyum maka seharilah nampak senyum ja muka dia.

Okay. Namun begitu,sebelum aku melanjutkan pengajian ke Shah Alam Selangor ramai dalam kalangan keluarga yang datang jumpa aku. Macam-macam nasihat aku terima daripada mereka sampai ada yang menangis. :( Aku sedihlah tengok orang sedih. Masa mereka nangis tu, aku masih boleh tahan nangis lagi. Tapi lepas itu aku masuk ke dalam bilik untuk melepaskan segala kesedihan di hati. Airmata berlinangan sehingga hingus meleleh. Dasyat tak?? Hee.
Part paling sedih mereka semua kata, "di sini selalu nampak muka Zaini,jadi lepas ini lama lagi mahu nampak muka Zaini". Mereka kata lagi,"Susahlah kami kalau tak ada Zaini,kalau mahu harapkan yang lain tu boleh tapi berat sedikit". Aku kata, "Hurmm,janganlah kata begitu pak-cik dan mak-cik, yang lain pun ada.Adik-adik saya pun ada.Boleh gantikan saya.InsyaAllah". *Sambil muka tunduk.

Part paling gembira dan malu-malu kucing masa mereka masing-masing bagi aku duit poket dan menguruskan tambang penerbangan aku ke semenanjung. Sebelum ke sini dulu,agak banyak mereka bagi aku duit,sebenarnya aku segan mahu ambil. Bila mereka bagi aku duit aku terus kata "Nanti dulu!".
Bukan kerana apa,aku mahu suruh emak atau nenek aku yang wakilkan untuk ambil dan pegang duit tu buat sementara.Hee.

Tahukah anda aku cucu kesayangan nenek?? Ewahh. Walaupun aku lelaki yang kini sudah dewasa dan bukannya anak bongsu tapi aku cucu yang paling disayang. Mungkin kerana masa kecilnya aku dilahirkan songsang sehingga nenek aku yang jaga hingga ke besar atau mungkin kerana perwatakan aku.Wallahualam. Nenek aku anggap sebagai emak aku,nenek aku anggap sebagai sahabat aku waktu susah dan senang. Walau apapun mesti nenek ingat dengan aku,biar yang lain tak dapat jangan aku yang tak dapat. Boleh jadi begitu. Kadang-kala aku menyesal jika aku terkasar dengan nenek aku.Hurmm. Sedih sangat. Mengalir airmata ni. Nenek aku pun sedih dan terasa kecewa dengan aku. Mungkin sebab masa tu emosi aku terganggu rasanya. Minta maaf nenek, saya janji cuba tak buat lagi.

Bagaimana kalau nenek aku sudah pergi meninggalkan kami dengan umurnya yang telah lanjut??? Aku sangat sayang nenek. :( Dia ibarat emak aku juga. Selalu bermanja dengan nenek,selalu meluah dengan nenek.Tahukah anda,selain pak cik atau mak cik aku yang kirim duit untuk aku sebulan, nenek aku juga selalu kirim duit dekat aku???Sungguh besar pengorbanan nenek semenjak aku baby lagi. :(
Nenek adalah sebahagian daripada hidup aku. Bila emak aku marah aku, neneklah yang selalu bela aku. Sangat selalu nenek yang bela aku! Biarlah aku berkahwin dan mempunyai anak dulu. Aku nak juga kenalkan isteri aku dengan nenek aku. Mudah-mudahan Allah lanjutkan usia nenek.Aamiin. Aku rela mati dulu.

Tahukah anda saya sudah mengantuk?? Tahukah anda mengantuk menyebabkan otak saya tak produktif??
Tadi banyak idea. Haihh. Tak bestlah macam ni.

Ada moral story tak?? Cuba fikir. Saya pun tak tahu. -_-'

Assalamualaikum wbt sahaBKawan. :-)











Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Aku,mereka dan keadaan. 0_o' ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Sunday 3 February 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Aku,mereka dan keadaan. 0_o'
 

0 comments:

Post a Comment

Followers