erti ketenangan sebenar `-- credit to ustaz Asri .

#cuba nak bagitau kamuu kamuu semuaa#

assalamualikum :D


APABILA KITA ASYIK TERMENUNG DAN MEMIKIRKAN NASIB DIRI MERENUNG JAUH MEREKA DI SANA HIDUP PENUH KESERONOKAN DAN KEGEMBIRAAN--->


ramai orang salah sangka menilai maksud ketenangan dalam hidupnya.selalu orang mengaitkan ketenangan itu melibatkan faktor harta atau faktor kekayaan walaupun itu bole menjadi faktor penyumbang tetapi itu bukan segala2nya . betapa ramai orang yang berada d dalam rumah yg besar
,tidur di atas katil yang empuk,tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak.bahkan ada orang yg tidur di pondok buruk kadang2 dia lebih lena berbanding kitaa . ada orang yang ada di depannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus,tetapi lidahnya tidak enak . lebih enak lagi orang yang makan kadang2 makan dengan satu atau dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesanya makannya ... kata HAMKA,lihatlah bagaimana ALLAH s.w.t membahagi bahagikan nikmat. semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar , ada makanan yg sedap tentulah hidup dia bahagia dan tenang. itu belum tentu !!!!


TIADA SIAPA YANG MAMPU MENGHALANG KETAPAN ALLAH S.W.T--->


Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang ,dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun . Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun . Jika ALLAH uruskan urusan kita dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata , dunia boleh berbuat apa2 tetapi tidak boleh mencabar kebesaran ALLAH. jika ALLAH mengatur untuk kita apa yg orang sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH . apa yg orang rasa rugi ALLAH akan memberikan keuntungan yg mana jalan2 manusia tidak sangka.tetapi ALLAH boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan ..


APABILA KITA ASYIK MENGELUH KETIKA DITIMPA MUSIBAH--->


Tuan tuan dan puan2 tengokla dunia ini,kadang2 manusia hilang satu benda ini darpada dunia,kadang2 dia mcm hilang segala2nya . saya nak sebut ,berapa banyak kamu mengalami keperitan di dalam hidup??? cuba ingat !!!! ketika kita mengalami keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.tetapi hari ini ALLAH telah keluarkan kita drpada musibah dalam keadaan baik.ketika kita ditimpa musibah tertentu,kita serinhg mengeluh.. tapi usia kita berjalan,kita masih hidup dan makan serta merasai segala kenikmatan. ketikaa kita selalu berserah kepada ALLAH,tetapi hari ini kita telah lupa akan ALLAH ,dan kadang2 kita lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yg telah ALLAH keluarkan kita daripadanya. Orang2 yg diberitahu kepada mereka 'nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau'! 'cukuplah bagi kami yaALLAH,dia lah sebaik2 tempat kita meletakkan urusan'.


PENGALAMAN SERING MEMATANGKAN KITA--->


Siapa yang tidak pernah melalui tidak akan mamahami maksudnya.orang2 yg telah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui keajaiban bertawakal . bila hati insan bulat kepada ya rabb 'yaALLAH ,aku serahkan urusan ini kepada mu yaALLAH'.


KITA SERING LUPA KITA MASIH ADA KEHIDUPAN DI AKHIRAT--->


Apabila insan melihat dunia dari sudut akhirat,dia akan merasakan dunia ini sangat kecil,kehidupan ini sangat luas . nabi sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim,ALLAH bawak pada hari akhirat,manusia yg palin derita dalam dunia ini. ALLAH ambil dia,kemudiaan ALLAH celupkan ke dalam syurga,lalu dikeluarkan,lalu ditanya dia ;wahai umat fula,adakah engkau pernah rasa derita dalam dunia??' lalu dia berkata, ;aku xpernah derita pun dalam hidup Ni.' hanya masuk sekelip mata di dalam syurga dia telah lupa segala derita sepanjang hidupnya. kemudian ALLAH mengambil manusia yg paling nikmat d dalam dunia ini,segala nikmat ALLAH celupkan dia ke dalam api neraka lalu dikelurkannya lalu ditanya,'pernah ka engkau merasa nikmat sepanjang hidupmu??' maka dia berkata.'aku tidak pernah merasa nikmat sepanjang aku hidup di dunia. hanya dengan satu celupan di dalam api neraka manusia lupa segala nikmat sepanjang hidupnya.


MASIHKAH KITA TERINGAT AKAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN SELAMA INI??--->


kita selalu nak bersyukur jika kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasannya yg ada pada kita ini suatu nikmat yg besar. satu hamba ALLAH yang patah kakinya,yang tidak pernah pun sebut,dulu barangkali tidak pernah teringat tentang nikmat kaki yg setiap hari dia pijak.tapi apabila atu hari dia sakit kaki dia kata 'yaALLAH bagi balik kaki aku,sembuhkanlah balik 'Dia tahu betapa besarnya nikmat kaki,nikamat tangan,nikmat sihat . kata Hamka,'yang ada ini adalah harapan kita' tetapi insan,bukan salah untuk kita mengharapkan yg belum ada tetapi janagn lupa yg telah ada!!


BERSYUKURLAH WAHAI DIRI INI--->


Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut,syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada bersabar . ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu org yg mendapat nikmat itu bersyukur . tetapi untuk menjadikan org yg memiliki harta seperti kamu syukur di atas nikmat . yaALLAH,apa sahaja nikmat yg ku alami,darpada nikmatmu darpda kurniaan daripada sesiapa di kalangan hamba mu,tidak ada daripada sesipa melainkan engkau wahai tuhanku. bagi engkaulah pujian,bagi engkaulah kesyukuran. subhannallah !! insan,jia dia nak bersyukur kepada ALLAH,memang tak terdaya.. Jika kamu hendak menghitung nikamat ALLAH,kamu xmampu . jika kita melihat dunia ini secara keseluruhan,kita akan merasa MASYAALLAH hidup ini ! apa yg ALLAH kurniaan kepada kita,lebih lebih darpada harapan kita sebenarnya.



p/s : Jangan bersedih,sesungguhnya ALLAH .s.w.t sentiasa bersama kita .

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel erti ketenangan sebenar `-- credit to ustaz Asri . ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Wednesday 11 January 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan erti ketenangan sebenar `-- credit to ustaz Asri .
 

0 comments:

Post a Comment

Followers