keterlibatan dalam bermain gitar secara serius,solat & diam .

assalamualaikum semua :D

#gua sebenarnya nak share info yg lebih umum.oleh kerana masih baru dan xramai followers,gua share pasal diri gua dulu# *winkwink*


Oh gitar ! --->



ramai yg tanyaa gua mcm mana gua bole terlibat di dalam dunia gitar. mungkin dorang tengok gua telampau obses laa tue. kalau sebut pasal gitar mesti ramai yg suka kan terutamanya lelaki dan perempuan berjiwa brutal. hee ! yaka sukaa?? :) pada awalnyaa,gua pun xterpikir nak bermain alat muzik walaupun family gua asal dari family yg aktif bermain muzik. suatu hari adala member gua yg duk kat bandar yg sering ulang alik balik ke kampung. asal dia balik jaa mesti dia sebut pasal gitar,kononya dia kaki jamming,apa2 jenis muzik dia bole main,kaki gigs n others. asal pulang ke kampung asyik cerita pasal muzik ja. kadang kala gua pun mcm muak dengar ceritanya. yala,siapalah gua ni kan buta seni. dari ekspresi mukanya masa bercerita menunjukkan dia betul2 nak pengaruh gua supaya giat jugak dlm dunia seni iaitu bermain gitar. setelah berkali2 dia cerita benda yg sama keinginan gua untuk bermain gitar semakin membuak2. selang dalam beberapa hari gua pun terus membeli gitar walaupun mendapat tentangan dari emak gua. tp gua xpeduli.keh3! sungguh kurang ajar gua ni kan. -,- first gua nak pinjam gitar pacik gua tp gua segan,masa tue kan gua budak2 lagi. nanti rosak pulak gitar tue. lepas ada gitar sendiri selalu la gua duk lepak dengan kawan2 sambil main gitar,setiap kali gua main gitar dorang semua mesti gelak. ehh,korang gelak kenapa?? aku taulaa aku xtau main gitar kan. main pun syok sendiri. lantaklaa ! start dari situ gua pun berhempas pulas berlatih bermain gitar. gua nak buktikan yg gua pun bole. lagu pertama yg gua main pun lagu 'i dont belong here-by Cromok'.(kalau xtau search kat youtube). berhari2 gua praktis main gitar. boleh dikatakan tue adalah rutin harian gua jugakla. sebelum pergi sekolah dan selepas balik sekolah mesti gua duk capai gitar dulu. gua rasa gua dah mcm ketagih,asyik main gitar jaa. sampai org kampung pun label gua 'Zaini gitar' tp gua xpeduli. skg dah dekat 9 tahun gua berjinak2 dengan gitar. mungkin sampai ke tua la agaknya gua asyik main gitar. entahlaa.-,- faktor utama yg membuatkan gua ketagih,kalau gua dengar lagu best mesti gua nak cari chord gitar dia. wtf !


Solat--->

zaini,kenapa lu xmcm dulu?? kalau dulu lu selalu sgt ponteng solat kan?? -,- ehhh,biar laa gua solat. tue menandakan gua dah dapat hidayah la tue. janganla tanya soalan bonus bhaii ! kalau nak gua bg sebab,ni sebabnya-->
(1)tahun2 lepas banyak benda malang yg kena dengan gua.

(2)gua selalu tengok ceramah agama sehinggakan hati gua tergerak nak solat.

(3)banyak amar makruf gua dah buat tp gua xsolat2 lg. oleh itu,gua mestilah solat.

(4)penangan lagu nasyid.

(5)semakin matang.

(6)terlalu banyak dosa yang orang buat di depan mata gua sendiri. gua xnak jadi mcm tue.

(7)untuk mendapatkan isteri yg baik di masa hadapan,gua kena baik. insyaALLAH!

(8)pengaruh family dan kawan2.(kalau dulu dorang advice puas2 pun gua acuh xacuh)

(9)opkos laa nak masuk syurgaa. aminn !

p/s:tidak dinafikan solat adalah tiang agama. islam atas nama xguna Jugak kalau xsolat.


Diam-->

syukur laa gua dilahirkan sebagai insan yg xbanyak songeh. bapak borek anak rintik kott. eyala,bapak gua pun mcm gua jugak,jenis xbanyak cakap. kalau buka mulut pun biasanya cakap hal2 penting jaa. lagipun xdak guna jugak kalau becakap semata2 nak keluarkan benda yg merapuh. sebenarnya gua xdakla seslumber mcm di alam maya. kalau korang kenal diri gua sebenar mesti korang tau yg gua ni type mcm mana. dahla pemalu,pendiam pulak tuee ! seriusss .. ! :P ermm,kadang2 gua xtau nak cerita apa,cepat sgt buntu. tue gua diam tue.haha ! lagi2 gua rasa tenang kalau gua berdiam diri.owhh yeahh ! gua ingat lagi masa gua sekolah,semua org tau yg gua jenis pendiam. selalu kena tegur..gua hanya mampu tersenyum sajaa :D walaupun begitu,gua bole jadi banyak cakap kalau korang tau amek port ketika berhadapan dengan guaa. tett ! cuba rangsang.



#gua bukan nak bajet baik,ini berdasarkan fakta sebenar#

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel keterlibatan dalam bermain gitar secara serius,solat & diam . ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Thursday 12 January 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1comments: di postingan keterlibatan dalam bermain gitar secara serius,solat & diam .
 

1 comments:

  1. suke yg solat tuh :)

    semoga sama-sama kita terus berubah ke arah yg lebih baik ye :)

    ReplyDelete

Followers