sayangnya aku tidak ada di situ .

assalamualaikum semua .


gua nak tanya ni. mesti rasa sebak kan kalau perkara yg kita patut pegi tp xdapat pegi?? memangla. lagipun bukan selalu pun. benda tue penting . sangat penting !! :( kepentingan melibatkan keluarga dan kawan2 .Ni sebab gua Jauh la Ni dari kampung.




seperti tahun2 lepas,bnyakla musibah yg telah berlaku dngan org2 yg gua kenal. xkurang Juga kawan gua yg melangsungkan hari hari gembiranya .eww !


Musibah yg berlaku terhadap org yg gua kenal--->


first gua nak cerita pasal pak cik guaa. masa cuti taun lepas gua ada balik sabah. setelah beberapa hari bercuti kami dapat kabar berita yg pak cik gua ditahan di hospital sebab dia koma. mengikut keputusan dari hospital kepala dia ada pendarahan otak akibat kadar kolesterol dalam darah tinggi. akibat daripada tue macam2 ubat dah dibagi kat pacik guaa. cucuk sana cucuk sini. siap masuk kan air lagi dalam badan dia. tidak kurang jugak kami sekeluarga membuat bacaan yasin dengan berharap semoga beliau sembuh seperti sedia kala. tp malangnya beliau tak sedar Jugak . bertambah teruk ada laa. kesian pak cik . ermm,sampai satu tahap tue pihak hospital memberitahu, pak cik gua perlu dibedah dengan kadar segera . kalau nak sebut pendarahan otak tue. mesti bedah kat otak laa kan?? dasyat tak?? :( masa pak cik gua dibedah tue kami sekeluarga sekali lagi membaca yasin agar2 pembedahan berjalan lancar dan jayanya. selepas dibedah tue alhamdullilah pak cik gua dah okay. beliau dapt membuka mata tp langsung xbolee bercakap n bergerak. dia masih terlantar lagi di hospital. kebarangkalian nak keluar dari hospital tue agak nipis laa sehinggalah gua kembali semula ke Bumi semenanjung. yg paling gua sedih tue baru jaa gua sampai semenanjung tiba2 pak cik muda gua telepon kata pak cik dah meninggal dunia . innalillah ! semoga arwah pak cik gua ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.amennn !


Ok,Ni cerita kawan baik gua yg kat kampung pulak. dia ni baik. sumpah dia baik ! kerja2 kampung semua dia sapu. gua rasa dia laa antara brader harapan kat kampung gua tue. semua org senang dengan dia. mari gua cerita kebaikannya yaa?? xkedekut,suka senyum,low profile,hormat orang,rajin sangat sangat. dia mudah bergaul dengan org. siapa2 yg memerlukan bantuan berupa tenaga panggil jaa dia. opkos dia akan tolong !! dia xkira. dia kenal ka atau tidak org tue selagi dia bole tolong dia akan tolong. erm,gua nak bgtau dia tue nakal jugak. nakal2 baik laa. normal la tue kan?? ^^ macam gua jugak.aceceh! dalam keriangan serta kenakalan dia tue rupa rupanya dia telah menghidap penyakit kronik iaitu paru paru berkuman.fuhhh ! dahla paru2 berkuman ada kanser pulak tue. mak aiii ! :( ulang alik mak dia antar dia kat hospital untuk dibagi rawatan. efek dari suntikan yg dibagi oleh pihak hospital membuatkan segala2 bulu2 yg ada kat badan dia berguguran . rambut sampai dah botak. kesian dia. agak lama jugak laa dia menderita sakit tuee. masuk icu pun dah berkali2 jugak. gua rasa dia dah kritikal dah tuee.hmm ! sekali lagi gua dapat panggilan yg xbest dari kawan guaa mengatakan dia dah meninggal dunia. sebakkkkkk !! sedihhhhhh . semoga kau tenang di sana wahai kawan ku. aminnn ! gua jauh nun di semenanjung. xdapt balik ..



Kawan gua muda2 dah sampai seru(kawen)--->


Ni kawan guaa, Namaa dia fiQar.sebaya gua. gua dengan dia bau bau bacang laa. ada talian kelurga sikit. gua dengan dia dah mcm adik beradik dahh. kami xpernah berkonflik walaupun dah bertahun2 jadi member ketat.serius ! dia ni banyak jugaklaa kenal kan gua pasal genre music dan band2 terbaru sekarang. kira dia tue macam majalah ROTTW la jugak. haha ! semua genre dia tau. kami main gitar sama2. aku tidur ruma dia,dia tidur ruma aku. time malam kalau lapar aku kejut dia ajak makan,begitulah sebaliknya. buat aktiviti sama2. baru beberapa hari masing2 xnampak batang hidung kalau dah jumpa mcm dah betahun2 xjumpaa. hadoi ! :D tp yg bikin gua panas dia kalau ada awek kawan2 dia lupaa. asyik bekepit dengan awek jaaa . apa yg kami rancang pun xmenjadi gara2 nak keluar dengan awek dia.cheitss! xpaa,gua xkesaa pun. janji dia bahagiaa. ahh,hari tue dia call gua . dia kata dia dah kawen. nikah sudah tapi bersanding bulan februari 2012 Ni. mati mati dia pujuk gua suruh balik kampung. bukan selalu tengok dia bersanding katanya. apakan daya gua xdapat balikk. betul2 xdapat balik Ni. uhh!


haa,yg Ni nama dia Hazam. dia chubby sikit. dia cool. pemalu tp xnak mengaku pemalu . HAHA ! bajet cool la tue . ada gambar gua dengan dia masa baby. kami diletakkan dlam satu katil.mak gua kata ni masa umur gua setahun. hazam masa tue umur setahun lebih dah. yg xbole blahh dia kata muka gua macam org asia barat iaitu bosnia.eww! macam muka arab xjadi pun ada katanya. masa sekolah rendah gua dengan hazam sekelas. dia ni gua tengok pasif sikit. kuat nangis. pantang dikacau terus nangis. xlaa rock laa hazam kalau asyik nangis. xpasal2 gua yg usap2 rambut luu . nnti kalau gua xpujuk lu,lu kata gua kawan tak ohsemm pulak.kahkahkah ! gua ingat lagi masa hazam xreti buat homework. cikgu selalu denda dia.tue masa subject sains la tuee. gua jugak yg ajar dia bagi fahamm. ehh,gua ni ohsemm laa . hahaha ! zam,tolong pinjamkan gua pen dengan c rogayah tue bolee??(bukan nama sebenar)xnaklaa Jai. aku maluu laa. haa,hazam ni pemalu. tapiiiiiiiiiiiii , hazam skg dah lain. dah pandai usha awek. dah pandai tukar awekk. lain laa mcam gua yg hampeh ni. xdak segan silu dah ni. bg tips bolee?? keh3! 3 minggu lepas adik dia call gua. adik dia kata hazam dah kawenn . uhh,cepat gilaa !! masa raya keberapa entah aku ada teman dia p bertunang. mengikut perjanjian dia dibagi masa 6 bulan untuk mengumpul duit. tp xsampai 6 bulan dia dah kawen. sampai seru laa tue. tahniah!! gua tak berpeluang tengok lu sanding . hari tue gua ada janji nak tengok dia kawen. tpi tuelaa . semoga jodoh berkekalan ok !! perjalanan gua masi jauh lagi ni hazamm .



#sekadar nak cakap#

Penulis : Brader ZaiNi ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel sayangnya aku tidak ada di situ . ini dipublish oleh Brader ZaiNi pada hari Wednesday 25 January 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan sayangnya aku tidak ada di situ .
 

2 comments:

Followers